1-9 6.1.5 Modul Pengurusan Kerjaya (Career Management) Modul ini mengandungi kemudahan bagi pihak pengurusan melaksanakan perancangan penggantian (succession planning) untuk jawatan strategik. Di samping itu, pegawai juga boleh membuat perancangan kemajuan kerjayanya secara kendiri atau melalui khidmat nasihat oleh perunding kerjaya di peringkat agensi. 6.1.6 Modul Penilaian Kompetensi (Competency Assessment) Modul ini menyediakan fungsi bagi merekodkan dan menganalisis tahap kompetensi individu atau pasukan. Pegawai atau pihak pengurusan dapat mengenal pasti jurang antara tahap kompetensi jawatan dan kompetensi pegawai. Seterusnya, tindakan untuk merapatkan atau mengatasi jurang dapat diambil melalui Modul Pembangunan. Maklumat kompetensi juga boleh digunakan dalam Modul Perolehan Sumber Manusia bagi tujuan pengambilan, penempatan dan kenaikan pangkat. Modul ini juga membolehkan pegawai melaksanakan aktiviti peperiksaan termasuk memproses permohonan, menjadualkan peperiksaan, merekodkan keputusan penilaian dan mengemas kini keputusan peperiksaan. 6.1.7 Modul Pembangunan (Development) Modul ini menyediakan kemudahan kepada CO dan penyelia untuk merancang, memilih dan melaksanakan program pembangunan kompetensi sama ada untuk mencapai tahap kompetensi yang diperlukan atau untuk pembangunan kerjaya. Di samping itu, modul ini juga membolehkan pegawai menguruskan hal-hal berkenaan psikologi dan kaunseling bagi diri sendiri atau ahli keluarga.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy