Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

 1-8 6.1.2 Modul Data Perjawatan (Establishment Data) Modul ini menyimpan maklumat mengenai perjawatan seperti skim perkhidmatan dan kumpulan perkhidmatan, unit dan aktiviti organisasi, struktur organisasi, jawatan standard, jawatan sebenar, keterangan tugas, tahap kompetensi jawatan, bidang hasil utama (key result area) dan sumber logistik yang diperlukan oleh sesuatu jawatan. Fungsi Deskripsi Tugas juga disediakan dalam modul ini bagi setiap Jawatan Sebenar (AP) yang wujud. 6.1.3 Modul Perolehan Sumber Manusia (Resourcing) Modul ini mempunyai fungsi pengenalpastian keperluan sumber manusia jangka pendek, permohonan perjawatan dan urusan pengisian melalui proses pengambilan, pertukaran dan pinjaman. Modul ini juga bertujuan memastikan setiap pegawai yang akan ditempatkan di sesuatu lokasi telah bersedia untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan. Fungsi Penanggungan Kerja Pegawai juga disediakan dalam modul ini sebagai satu mekanisme dalam mengurus suatu permohonan tanggung kerja di agensi. 6.1.4 Modul Pengurusan Prestasi (Performance Management) Modul ini menyediakan kemudahan bagi menetapkan sasaran kerja tahunan pegawai selaras dengan matlamat organisasi serta membuat laporan penilaian prestasi tahunan. Melalui proses ini penyelia atau pengurusan dapat menghubungkaitkan prestasi pegawai kepada pengurusan pembangunan kerjaya, keperluan pembangunan serta pemilihan penerima anugerah khidmat cemerlang bagi sesebuah organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy