1-2 3. OBJEKTIF HRMIS Objektif HRMIS adalah untuk: (i) Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam dilakukan dengan berkesan; (ii) Mengautomasikan proses pengurusan sumber manusia; (iii) Membangunkan sistem maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini; (iv) Memudahkan kemasukan data melalui single entry point; (v) Menyumbang kepada persekitaran paperless; dan (vi) Menyediakan maklumat sumber manusia yang memenuhi keperluan pelbagai peringkat pengurusan. 4. KONSEP DAN FALSAFAH HRMIS 4.1 Semua organisasi perlu mempunyai pegawai yang kompeten untuk memastikan mereka cekap dan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh itu, pihak pengurusan akan dapat mengetahui tahap kompetensi seseorang pegawai berbanding dengan kompetensi jawatan yang disandangnya melalui penilaian kompetensi. Sekiranya terdapat jurang antara kompetensi pegawai dengan kompetensi jawatannya, pegawai atau jabatannya boleh mengambil tindakan bagi merapatkan serta mengatasi jurang kompetensi tersebut. 4.2 Model Pengurusan Sumber Manusia dalam HRMIS dibina berasaskan kompetensi seperti di Rajah 1, yang mana maklumat tahap kompetensi seseorang pegawai akan menjadi input penting dalam modul-modul teras yang lain seperti Modul Perolehan Sumber Manusia, Modul Pembangunan, Modul Pengurusan Prestasi, Modul Pengurusan Kerjaya, dan Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy