1-1 1. TUJUAN Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management Information System - HRMIS) ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada semua penjawat awam serta agensi awam yang menggunakan HRMIS. 2. LATAR BELAKANG 2.1 HRMIS merupakan salah satu projek di bawah Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik yang bermula pada tahun 1999. JPA selaku agensi pusat telah dipilih sebagai agensi utama (lead agency) pelaksanaan projek ini. Semua agensi kerajaan telah diminta untuk menangguhkan sebarang usaha dalam membangunkan sistem berkaitan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) bagi mengelakkan pembaziran dan pertindihan sistem dalam Perkhidmatan Awam melalui surat edaran JPA(HMS)(S)146/6/5 Klt.2(2) bertarikh 17 September 1999. 2.2 HRMIS telah dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tahun 2005 sebelum diperluaskan kepada semua agensi pada tahun 2009. Pada tahun 2010, JPA telah mengambil alih sepenuhnya penyenggaraan HRMIS daripada pihak kontraktor dan melaksanakannya menggunakan kepakaran dalaman. 2.3 Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan HRMIS sentiasa relevan dan selari dengan keperluan perubahan teknologi, dasar sumber manusia serta keperluan pengguna. Selain itu, HRMIS juga dipertingkatkan pada tahun 2015 dari segi kebolehcapaian di samping memperkenalkan aplikasi mudah alih yang dapat membantu pengguna menggunakan HRMIS dengan lebih mudah dan cepat. Bermula pada tahun 2016, HRMIS digunakan oleh semua agensi sektor awam.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy