4 PO.4.1.1 6. Keahlian MBK mengandungi dua pihak iaitu Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja. Pihak Pegawai terdiri daripada Ahli Tetap yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri Malaysia atas jawatan masing-masing, manakala Ahli Tidak Tetap yang dijemput berdasarkan keperluan melibatkan pegawai tertinggi kementerian/agensi termasuklah pengarahpengarah bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 7. Ahli-ahli Pihak Pekerja pula adalah dipilih di konvensyen dua (2) tahun sekali oleh wakil-wakil kesatuan dan persatuan yang bergabung dengan MBK berkenaan. 8. Tempoh keahlian Ahli Tetap bagi ketiga-tiga MBK adalah kekal atau sehingga Kerajaan membuat pindaan terhadap keahliannya. Manakala tempoh keahlian bagi Ahli Tidak Tetap pula adalah tidak ditentukan kerana keahliannya adalah dijemput berdasarkan keperluan semasa. 9. Keahlian Pihak Pekerja adalah selama dua (2) tahun bermula daripada tarikh MBK itu mengadakan mesyuaratnya yang pertama. Ahli-ahli tersebut boleh terus memegang jawatan sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih. 10. Ketiga-tiga MBK mempunyai bidang kuasa yang sama iaitu: (a) memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu; (b) membolehkan Pihak Pekerja mengemukakan sebarang cadangan perubahan untuk mendapat ulasan dan pandangan Pihak Pegawai bagi pertimbangan Kerajaan; dan (c) memberi cadangan mengenai inisiatif inovasi dan produktiviti dalam meningkatkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam. 11. Kehadiran ahli-ahli Pihak Pekerja MBK ke mesyuarat Majlis seperti berikut adalah sebagai menjalankan tugas rasmi: (a) Mesyuarat-mesyuarat MBK; (b) Mesyuarat Pihak Pekerja yang diadakan sehari sebelum Mesyuarat Majlis yang dijemput oleh Kerajaan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy