3 CERAIAN PO.4.1.1 DASAR HUBUNGAN MAJIKAN-PEKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM - MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan berkaitan penambahbaikan terhadap dasar hubungan majikan-pekerja dalam Perkhidmatan Awam melalui Majlis Bersama Kebangsaan (MBK). LATAR BELAKANG 2. Dasar hubungan majikan-pekerja dalam Perkhidmatan Awam digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992. Selaras dengan dasar dan keperluan semasa, Pekeliling Perkhidmatan ini telah disemak semula dan ditambah baik bagi memastikan dasar hubungan majikan-pekerja Perkhidmatan Awam kekal relevan dan mampu menjadi salah satu dasar penting dalam Perkhidmatan Awam. 3. Sehubungan dengan itu, Kerajaan bersetuju bahawa mekanisme utama dalam dasar hubungan majikan-pekerja Perkhidmatan Awam melalui MBK adalah dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN 4. Ketiga-tiga MBK adalah dikekalkan sebagaimana pelaksanaan sedia ada iaitu: (a) Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P); (b) Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Pelaksana (MBK S&T); dan (c) Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Am dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am). 5. Peraturan penubuhan ketiga-tiga MBK tersebut adalah tertakluk kepada perlembagaan masing-masing seperti di Lampiran PO.4.1.1(A) - MBK P&P, Lampiran PO.4.1.1(B) - MBK S&T dan Lampiran PO.4.1.1(C) - MBK Am.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy