Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja

 49 6. BIDANG DAN FUNGSI 6.1 Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut: (a) membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan; (b) membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan; (c) menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; dan (d) mengadakan kemudahan bagi memperbaik perjalanan dan organisasi (nama jabatan) serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor- syor dari kakitangan mengenai perkara ini. 7. MESYUARAT-MESYUARAT 7.1 Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan tiga (3) kali setahun, iaitu sekali dalam tempoh empat (4) bulan 7.2 Kuorum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% iaitu tujuh (7) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% iaitu sepuluh (10) orang ahli Pihak Pekerja. 7.3 Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda, hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy