Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja

 46 Lembaran PO.4.2.1(A2) CONTOH PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) (NAMA JABATAN) NO. MBJ : 1. KEAHLIAN 1.1 Majlis Bersama Jabatan bagi (nama jabatan) (selepas ini disebut sebagai ‘Majlis’ ) hendaklah mengandungi tiga puluh empat (34) orang ahli secara keseluruhannya termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha- Setiausaha yang terdiri daripada (Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah/ Ketua Jabatan) selaku Pengerusi dan tiga belas (13) orang ahli yang dilantik oleh (Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah/Ketua Jabatan) (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pegawai’ ) dan dua puluh (20) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di (nama jabatan) (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pekerja’ ). 2. PIHAK PEGAWAI 2.1 Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di (nama jabatan) seperti berikut: i) Ketua Pengarah - Pengerusi ii) Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan - Ahli iii) Pengarah Bahagian Penyelidikan, - Ahli Perancangan dan Dasar iv) Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi - Ahli Maklumat v) Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi - Ahli vi) Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun - Ahli

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy