Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja
42 33.3 isu-isu kebajikan mendapat ruang yang khusus untuk dibincangkan bersama Pihak Pegawai yang boleh mendorong peningkatan kepuasan bekerja di satu-satu jabatan; 33.4 suasana kerja yang kondusif dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja; dan 33.5 sebagai pemangkin kepada budaya hormat menghormati di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja dalam menyelesaikan isu yang berbangkit secara profesional. XIV. FAKTOR KEJAYAAN MBJ 34. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan MBJ di sesebuah jabatan, antara lainnya adalah seperti berikut: 34.1 hubungan yang harmoni di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja dalam sesebuah jabatan; 34.2 komitmen pihak pengurusan yang tinggi dalam memastikan MBJ berfungsi sebagai platform penyelesaian masalah dan inovasi dalam sesebuah jabatan; 34.3 kesediaan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja mendengar dan berbincang secara profesional dalam mencari jalan penyelesaian ke atas isu berbangkit; dan 34.4 Ketua Jabatan komited dalam memastikan MBJ berfungsi sebagai platform hubungan dua (2) hala yang penting dalam satu- satu jabatan. XV. PERANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 35. Tanggungjawab JPA sebagai Agensi Pusat meliputi perkara-perkara seperti berikut: 35.1 memastikan dasar dan peraturan MBJ yang diguna pakai adalah relevan;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy