Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja
41 XII. CONTOH PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN 32. Contoh perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut: 32.1 Perubahan pada dasar Kerajaan (a) cadangan penambahan jenis penyakit berjangkit dalam kemudahan Cuti Kuarantin; (b) cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan; (c) cadangan pewujudan elaun atau kemudahan baharu dalam Perkhidmatan Awam; (d) cadangan meningkatkan bilangan jumlah pakaian seragam yang dibekalkan kepada pegawai yang layak; dan (e) cadangan memendekkan tempoh berada di gred lantikan bagi urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan. 32.2 Hal-hal perseorangan (a) isu kelewatan bayaran lebih masa kepada seseorang; (b) kerosakan komputer pejabat yang dihadapi oleh seseorang; dan (c) isu kekurangan alat tulis pejabat yang dibekalkan kepada seseorang. XIII. KESAN PELAKSANAAN MBJ YANG TERATUR 33. Pelaksanaan MBJ yang teratur boleh memberi kesan positif kepada jabatan dari segi kelancaran proses kerja serta meningkatkan tahap kerjasama di antara warga jabatan. Pada masa yang sama, MBJ yang berkesan juga dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan. Contoh lain kesan positif hasil pelaksanaan MBJ secara teratur adalah seperti berikut: 33.1 hubungan harmoni antara warga jabatan membentuk sikap yang positif dalam menyelesaikan isu yang berbangkit; 33.2 memberi peluang kepada setiap pekerja untuk sama-sama terlibat menyumbang idea serta pandangan bagi melancarkan urusan kerja dan menyelesaikan isu;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy