Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja

 40 (c) isu penyediaan latihan kepada warga baharu; (d) pusingan kerja dalaman di kalangan warga jabatan; (e) kursus dan latihan dalam perkhidmatan; dan (f) disiplin dan tindakan tatatertib. 29.4 Kebajikan (a) aktiviti sosial; (b) program sukan; (c) pewujudan tabung kebajikan di peringkat jabatan; dan (d) lantikan penyedia perkhidmatan taska di jabatan. 29.5 Inovasi dan produktiviti (a) penambahbaikan proses kerja; (b) pengurangan pembaziran dalam pengurusan pejabat; dan (c) pembudayaan teknologi digital dalam urusan kerja. 29.6 Lain-lain (a) cadangan pelaksanaan mesyuarat MBJ di luar kawasan pejabat; (b) pelancaran kempen peringkat jabatan seperti Kempen Gaya Hidup Sihat; dan (c) masalah lalu lintas. XI. PERKARA DASAR DAN HAL PERSEORANGAN 30. Segala bentuk perbincangan yang bertujuan untuk mengubah sesuatu keputusan dan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan dalam Perintah Am, Warta Kerajaan, pekeliling, surat pekeliling atau lain-lain bentuk keputusan dasar adalah tidak dibenarkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberi penjelasan mengenai perkara dasar untuk melicinkan pelaksanaannya di peringkat jabatan. 31. Mesyuarat MBJ hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara yang melibatkan masalah bersama ( common interest). Masalah perseorangan atau peribadi tidak perlu dibawa ke dalam mesyuarat MBJ dan hendaklah diselesaikan secara pentadbiran sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy