11 PO.4.2.1 15. Berdasarkan minit-minit mesyuarat yang dikemukakan oleh jabatan, pihak Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Agensi Induk perlu memantau keaktifan pelaksanaan mesyuarat di samping memantau prestasi penyelesaian isu MBJ jabatan-jabatan di bawah seliaannya. Seterusnya, Agensi Induk perlu menyediakan Laporan Pemantauan Keaktifan MBJ dan mengemukakannya kepada Agensi Pusat dalam tempoh yang ditetapkan. KESAN KEPADA PERLEMBAGAAN MBJ SEDIA ADA 16. Perubahan dasar pelaksanaan MBJ ini terpakai kepada semua jabatan yang telah diluluskan penubuhan MBJ. Dalam melaksanakan perubahan ini, jabatan boleh terus menggunakan perlembagaan MBJ sedia ada tanpa perlu membuatpermohonan pindaan perlembagaan kepada Agensi Pusat untuk mengubah perenggan perlembagaan berkaitan tempoh dan bilangan mesyuarat MBJ dalam setahun. PEMBATALAN 17. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan berikut adalah dibatalkan: (a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002: Majlis Bersama Jabatan Di Kementerian/Jabatan/Pihak Berkuasa Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan; dan (b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2020: Dasar Hubungan Majikan-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam - Majlis Bersama Jabatan. PEMAKAIAN 18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya terpakai kepada semua Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy