10 PO.4.2.1 kerajaan atau hal-hal perseorangan. Selain menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan, ahli-ahli MBJ turut berperanan menyumbang idea-idea inovasi dan produktiviti berkaitan tadbir urus jabatan bagi memastikan peningkatan prestasi secara berterusan. Pengurusan Pelaksanaan MBJ 10. Bagi jabatan yang telah diluluskan penubuhan MBJ, Ketua Jabatan hendaklah memastikan mesyuarat MBJ dilaksanakan tiga (3) kali setahun, iaitu sekali dalam tempoh empat (4) bulan. Namun dalam keadaan tertentu, jabatan boleh melaksanakan mesyuarat MBJ melebihi tiga (3) kali setahun, tertakluk kepada keperluan dan keputusan Pengerusi MBJ jabatan. 11. Perincian panduan umum mengenai contoh perlembagaan, peraturan penubuhan dan peranan serta lain-lain perkara berkaitan pelaksanaan dan pengurusan mesyuarat MBJ hendaklah dirujuk kepada Garis Panduan Penubuhan dan Perjalanan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan seperti di Lampiran A. Dalam memastikan pelaksanaan MBJ adalah teratur, Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan perkara-perkara dalam garis panduan tersebut dilaksanakan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa. 12. Kehadiran pegawai ke mesyuarat MBJ adalah sebagai menghadiri tugas rasmi. Pegawai-pegawai yang diarahkan hadir ke mesyuarat MBJ adalah layak untuk dibayar elaun-elaun kerana bertugas rasmi di bawah peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa mengikut kelayakan jawatan hakiki masing-masing seperti tuntutan perjalanan dan bayaran-bayaran lain. 13. Walau bagaimanapun, kehadiran Ahli Pihak Pekerja ke mesyuarat MBJ tidak dianggap sebagai menjalankan tugas hakiki. Pelaporan Mesyuarat MBJ 14. Setiap jabatan yang melaksanakan MBJ perlu mengemukakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat MBJ yang dilaksanakan berserta Jadual Pengelasan dan Penyelesaian Isu kepada pihak Agensi Induk masing-masing serta disalinkan kepada Agensi Pusat bagi tujuan pemantauan keaktifan dan isu-isu yang dibangkitkan. Jabatan digalakkan menggunakan Submodul MBJ HRMIS 2.0 semasa, bagi melaksanakan perkara ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy