3-5 12. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. 13. Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dimasukkan dengan kebenaran Pengerusi dan persetujuan Naib Pengerusi. 14. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan oleh mana-mana pihak tertakluk kepada persetujuan Pengerusi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan oleh Setiausaha Pihak Pegawai. 15. Kuorom bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada lima (5) orang ahli Pihak Pegawai (Ahli Tetap) dan 15 orang ahli Pihak Pekerja. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA 16. Jawatankuasa Kerja Majlis Bersama Kebangsaan (JKK MBK) ditubuhkan bagi menilai dan memilih kertas cadangan yang dikemukakan oleh Pihak Pekerja sebelum dibentangkan di Mesyuarat Majlis. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Setiausaha Pihak Pegawai. Jawatankuasa ini juga turut melibatkan Pihak Pegawai yang dijemput berdasarkan keperluan dan Pihak Pekerja melibatkan Pengerusi Pihak Pekerja, Setiausaha Pihak Pekerja dan pembentang kertas cadangan daripada kalangan ahli Pihak Pekerja. 17. Majlis boleh melantik Jawatankuasa-jawatankuasa lain terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain yang mempunyai kelayakan atau pengalaman, atau keduaduanya, untuk membantu Jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy