2-3 viii) Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya - Ahli ix) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan - Ahli x) Ketua Bahagian/Unit yang menguruskan hubungan majikan-pekerja Perkhidmatan Awam - Setiausaha Pihak Pegawai b) Ahli Tidak Tetap Pihak Pegawai Terdiri daripada pegawai terkanan kementerian/agensi termasuk bahagian-bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dijemput berdasarkan kepada keperluan mengikut isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat. 4.2 30 orang Pihak Pekerja. 5. Ahli-ahli Pihak Pekerja pula hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli kesatuan-kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan kakitangan yang dipilih di Konvensyen dua (2) tahun sekali oleh wakil-wakil kesatuan dan persatuan pekerja-pekerja Sains dan Teknologi di dalam Kumpulan Pelaksana. 6. Konvensyen yang tersebut di dalam perenggan 5 hendaklah dikelolakan oleh Pihak Pekerja berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang disediakan oleh Pihak Pekerja dan diluluskan oleh JPA selepas berunding dengan Kementerian Sumber Manusia. 7. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan di dalam perenggan 6 hendaklah, di antara lain, memperuntukkan: a) tiap-tiap kesatuan sekerja dan persatuan kakitangan Kerajaan yang berdaftar dengan pihak Pendaftar yang berkenaan hendaklah dibenar menghantar seorang wakil ke Konvensyen tersebut. Persatuan kakitangan yang dimaksudkan ialah persatuan-persatuan yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dapat atau tidak boleh menubuhkan kesatuan-kesatuan sekerja disebabkan larangan undang-undang atau kepentingan perkhidmatan; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy