1-5 JAWATANKUASA-JAWATANKUASA 15. Jawatankuasa Kerja Majlis Bersama Kebangsaan (JKK MBK) ditubuhkan bagi menilai dan memilih kertas cadangan yang dikemukakan oleh Pihak Pekerja sebelum dibentangkan di Mesyuarat Majlis. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Setiausaha Pihak Pegawai atau wakil. Jawatankuasa ini juga turut melibatkan Pihak Pegawai yang dijemput berdasarkan keperluan dan Pihak Pekerja melibatkan Pengerusi Pihak Pekerja, Setiausaha Pihak Pekerja dan pembentang kertas cadangan daripada kalangan ahli Pihak Pekerja. 16. Majlis boleh melantik Jawatankuasa-jawatankuasa lain terdiri daripada ahli-ahli atau pegawai awam lain yang mempunyai kelayakan atau pengalaman, atau keduaduanya, untuk membantu Jawatankuasa menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy