Pengurusan Hubungan Majikan-Pekerja
8 (i) pengurusan pentadbiran; dan (ii) program/ bengkel/ seminar Pihak Pekerja berkaitan MBK. PEMBATALAN 20. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan berikut adalah dibatalkan : (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 1973: Cuti Tanpa Rekod untuk Menghadiri Mesyuarat-mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan dan Jabatan; (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1982: Elaun Dan Tambang Bagi Menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan; (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1986: Pindaan Kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1982 Mengenai Elaun Dan Tambang Bagi Menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan; (iv) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992: Penyusunan Semula Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam; dan (v) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2020: Dasar Hubungan Majikan-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam - Majlis Bersama Kebangsaan. PEMAKAIAN 21. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya terpakai kepada semua Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy