Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan Tafsiran Bahagian X 148. (1) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai ialah sebutan mengenai mana-mana Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perkara 138 hingga 141a, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain. (2) Dalam Bahagian ini “anggota ex officio” termasuklah Menteri dan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi dan “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri”, berhubung dengan mana-mana Negeri, ertinya sesuatu Suruhanjaya yang menjalankan fungsi berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri itu dan yang bersamaan taraf dan bidang kuasanya dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. [Perkara 148] 156

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy