Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 146d Perkara ini ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 57, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Fasal (1) a. Perkataan “(1)” di permulaan Fasal dipotong dan perkataan “(kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka)” selepas perkataan “Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah meliputi” dipotong dan perkataan “(kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka)” selepas perkataan “Suruhanjaya Pasukan Polis anggota itu hendaklah disifatkan” dipotong oleh Akta A354, perenggan 38(a) dan (b), berkuat kuasa dari 27-08-1976. b. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan perkataan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal (2) & (3) Fasal-fasal ini yang dimansuhkan oleh Akta A354, perenggan 38(c), berkuat kuasa dari 27-08-1976, berbunyi seperti yang berikut: “(2) Jika di sesuatu Negeri Borneo tidak terdapat suatu lembaga yang menjalankan kawalan tatatertib ke atas orang tersebut dan yang mempunyai keanggotaan yang terdiri daripada yang berikut, iaitu: (a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Negeri itu; dan (b) penasihat undang-undang Negeri itu; dan (c) pegawai kanan polis Negeri itu; dan (d) seorang wakil pegawai polis yang memerintah seluruh pasukan polis; maka Fasal (1) hendaklah terpakai seolah-olah Fasal itu tidak membuat apa-apa kecualian bagi penjalanan kawalan tatatertib. (3) Beberapa peruntukan yang diperuntukkan dalam Fasal (2) Perkara 139 bagi memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya meliputi anggota-anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri dalam hal-hal keadaan yang tertentu tidaklah terpakai bagi anggota-anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri Borneo yang dipinjamkan kepada pasukan polis.”. Per. 147 Lihat Per. 132(4) & 180(2). Fasal (2): Lihat Per. 180(3).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy