Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak 146d. Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah meliputi anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan kepada pasukan polis; dan bagi maksud Suruhanjaya Pasukan Polis mereka adalah disifatkan sebagai anggota pasukan polis. (2) (Dimansuhkan). (3) (Dimansuhkan). Perlindungan hak pencen 147. (1) Undang-undang yang terpakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau elaun lain yang sepertinya (dalam Perkara ini disebut “imbuhan”) yang diberikan kepada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya, anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, hendaklah undang-undang yang berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi imbuhan itu. (2) Bagi maksud Perkara ini hari yang berkaitan— (a) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan sebelum Hari Merdeka, ialah tarikh imbuhan itu diberikan; (b) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan selepas Hari Merdeka kepada atau berkenaan dengan mana-mana orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam sebelum Hari Merdeka, ialah tiga puluh hari bulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh; (c) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan kepada atau berkenaan dengan mana-mana orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam bagi pertama kali pada atau selepas Hari Merdeka, ialah tarikh dia pertama kali menjadi anggota sedemikian. (3) Bagi maksud Perkara ini, jika undang-undang yang terpakai bagi sesuatu imbuhan bergantung pada pilihan orang yang diberi imbuhan itu, undang-undang yang dipilih olehnya itu hendaklah dikira lebih baik bagi dirinya daripada mana-mana undang-undang lain yang mungkin dipilih olehnya. [Perkara 146d] 155

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy