Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 146c—(samb.) (2) Dalam Perkara 142, perenggan (b) Fasal (4) dan, dalam Perkara 143, Fasal (2) hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan anggota-anggota sesuatu cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 146a atau 146b seolah-olah sebutan mengenai undang-undang persekutuan termasuk sebutan mengenai undang-undang Negeri. (3) Fasal (8) Perkara 144 hendaklah terpakai bagi sesuatu cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 146a atau 146b seolah-olah cawangan itu ialah suatu Suruhanjaya yang berasingan yang Bahagian ini terpakai baginya; tetapi tiada apa-apa jua dalam Perkara itu boleh dikira sebagai menghendaki cawangan itu membuat suatu laporan tahunan yang berasingan di bawah Perkara 146.”. Fasal (1) a. Perkataan “atau Singapura” dipotong dan perkataan “dua atau lebih daripada Negeri tersebut” digantikan dengan perkataan “Negeri-Negeri Borneo” oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965. b. Perkataan “Suruhanjaya” dalam nota bahu digantikan dengan perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam”, perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau” selepas perkataan “bidang kuasa mengenai perkhidmatan itu kepada” dipotong dan perkataan “146a atau” selepas perkataan “Perkara” dipotong, oleh Akta A354, seksyen 37, berkuat kuasa dari 27-08-1976. c. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan perkataan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976. d. Perkataan “negeri-negeri Borneo” digantikan dengan perkataan “Negeri-negeri Sabah dan Sarawak” oleh Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal (2) Perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau” selepas perkataan “anggota-anggota sesuatu cawangan” dipotong dan perkataan “146a atau” selepas perkataan “Perkara” dipotong oleh Akta A354, perenggan 37(c), berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal (3) Perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau” selepas perkataan “bagi sesuatu cawangan” dipotong dan perkataan “146a atau” selepas perkataan “yang ditubuhkan di bawah Perkara” dipotong oleh Akta A354, perenggan 37(c), berkuat kuasa dari 27-08-1976. 2. Perkara ini dimansuhkan oleh Akta A514, seksyen 13, berkuat kuasa dari 15-05-1981.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy