Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 146b—(samb.) 2. Perkara ini dimansuhkan oleh Akta A514, seksyen 13, berkuat kuasa dari 15-05-1981 dan berbunyi seperti yang berikut: “146b. (1) Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil kerja dalam jabatan persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak, fungsi-fungsi yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah, selagi Fasal ini berkuat kuasa, dijalankan oleh cawangan Suruhanjaya itu yang ditubuhkan bagi Negeri itu. (2) Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan bagi sesuatu Negeri di bawah Fasal (1) hendaklah terdiri daripada enam orang anggota (dua orang daripadanya hendaklah daripada kalangan anggota badan induk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis Raja-Raja. (3) (Dimansuhkan). (4) Mana-mana anggota cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Fasal (1) sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi Suruhanjaya hendaklah menjadi pengerusi cawangan itu. (5) Bilangan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dikehendaki oleh Fasal (4) Perkara 139 adalah sama seperti bilangan anggota badan induknya, tidak termasuk mereka yang menjadi anggota sesuatu cawangan tetapi bukan anggota badan induk. (6) Jika sesuatu jawatan dalam jabatan persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak memerlukan kewajipan dijalankan di dalam atau berkenaan dengan Negeri yang satu lagi itu, maka cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya meliputi jawatan itu ialah cawangan bagi Negeri di mana ketua jabatan itu biasanya ditempatkan atau, jika terdapat apa-apa keraguan atau kesulitan, mana-mana jua cawangan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. (7) Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, selagi terdapat cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi Negeri Sabah atau Sarawak di bawah Perkara ini, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah meliputi (kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka) anggota perkhidmatan awam Negeri itu yang dipinjamkan kepada perkhidmatan awam am Persekutuan, selain anggota-anggota dalam atau di bawah apa-apa gred yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Gabenor; dan bagi maksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam anggota-anggota itu hendaklah disifatkan (kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka) sebagai anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan. (8) Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan.”. Per. 146c 1. Perkara ini ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 56, berkuat kuasa dari 16-09-1963 dan berbunyi seperti yang berikut: “146c. (1) Jika peruntukan dibuat oleh undang-undang persekutuan bagi menubuhkan suatu perkhidmatan bersama yang am bagi Persekutuan dan bagi sesuatu Negeri Borneo atau Singapura, atau bagi dua atau lebih daripada Negeri tersebut sama ada berserta Persekutuan atau tidak berserta Persekutuan, dan bagi memberi bidang kuasa berkenaan dengan perkhidmatan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, maka undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi fungsi-fungsi Suruhanjaya yang berhubungan dengan perkhidmatan itu dijalankan oleh mana-mana cawangan yang pada masa ini ditubuhkan di bawah Perkara 146a atau 146b bagi Negeri itu atau mana-mana Negeri yang berkenaan itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy