Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 146a—(samb.) Fasal (3) Fasal ini dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966 dan berbunyi seperti yang berikut: “(3) Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Singapura hendaklah terdiri daripada— (a) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Singapura, yang hendaklah menjadi Pengerusi: (b) penasihat undang-undang Negeri itu; (c) pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Singapura; (d) hakim Mahkamah Tinggi di Singapura yang ditetapkan oleh Hakim Besar; (e) tidak lebih daripada dua orang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang menjadi anggota atau anggota-anggota badan induk yang berkhidmat di bawah Fasal (3) Perkara 146b yang menganggotai cawangan bagi Suruhanjaya Singapura atau, jika Fasal itu tidak berkuat kuasa, anggota atau anggota-anggota yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.”. Fasal (4) Fasal ini dimansuhkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 01-07-1965 dan berbunyi seperti yang berikut: “(4) Pada bila-bila masa apabila cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo memasukkan antara anggotanya lebih daripada seorang pengerusi sesuatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, maka peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (a) tidak lebih daripada seorang pengerusi itu boleh menghadiri mana-mana mesyuarat cawangan itu, dan pengerusi yang berhak untuk hadir dan dipanggil ke mana-mana mesyuarat hendaklah ditentukan oleh atau mengikut kaedah-kaedah cawangan itu dan (tertakluk kepada kaedah-kaedah itu) apa-apa arahan am atau khas pengerusi cawangan itu; dan (b) cawangan itu tidak boleh membuat pelantikan ke jawatan di dalam Negeri akan mana-mana pengerusi itu pada mesyuarat yang dia tidak hadir dan tidak dipanggil, melainkan jika dia mengizinkan mereka berbuat sedemikian.”. Fasal (5) Perkataan “atau bagi Singapura” yang terdapat selepas perkataan “bagi Negeri-Negeri Borneo” dan perkataan “atau bagi Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan,” yang terdapat selepas perkataan “bagi sesuatu Negeri Borneo” dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966. Fasal (6) Fasal ini digantikan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966 dan menggantikan Fasal yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut: “(6) Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu— (a) berhubung dengan Negeri-Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan; dan (b) berhubung dengan Singapura, sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya melalui suatu Akta yang diluluskan dengan persetujuan Gabenor.”. Per. 146b 1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 55, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Fasal (1) a. Perkataan “atau di Singapura” yang terdapat selepas perkataan “sesuatu Negeri Borneo” dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965. b. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan perkataan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy