Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 146 Fasal (2) a. Perkataan “Gabenor” digantikan dengan perkataan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976. b. Lihat Per. 146c(3). Per. 146a 1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 54, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Perkara ini dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 35, berkuat kuasa dari 27-08-1976 dan berbunyi seperti yang berikut: “146a. (1) Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang diambil kerja di Negeri-Negeri Borneo, fungsi-fungsi yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah, selagi Perkara ini berkuat kuasa, dijalankan oleh cawangan Suruhanjaya itu yang ditubuhkan bagi Negeri-Negeri Borneo. (2) Cawangan Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo hendaklah terdiri daripada— (a) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Borneo, yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) penasihat-penasihat undang-undang Negeri-Negeri Borneo; (c) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (jika ada) di setiap Negeri Borneo; dan (d) dua orang yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan daripada kalangan anggota badan induk Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (3) (Dimansuhkan). (4) (Dimansuhkan). (5)Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, selagi terdapat cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo di bawah Perkara ini, bidang kuasa Suruhanjaya itu hendaklah meliputi semua anggota perkhidmatan awam bagi sesuatu Negeri Borneo yang dipinjamkan kepada perkhidmatan kehakiman dan perundangan, dan bagi maksud Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan mereka hendaklah disifatkan sebagai anggota-anggota perkhidmatan itu. (6) Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu berhubung dengan Negeri-Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan.”. 2. Lihat Per. 138(2), 146c(1), (2) & (3). 3. Dalam nota bahu, perkataan “cawangan-cawangan” digantikan dengan perkataan “cawangan” oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966. Fasal (1) Perkataan “atau di Singapura” dan perkataan “atau bagi Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan” yang terdapat selepas perkataan “Negeri-Negeri Borneo” dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy