Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan (4) Pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu. (5) Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong. (6) Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan. Laporan Suruhanjaya 146. (1) Setiap Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai hendaklah membuat suatu laporan tahunan mengenai kegiatannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan salinan-salinan laporan itu hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. (2) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah menghantar satu salinan tiap-tiap laporan yang dibuat di bawah Perkara ini kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri setiap Negeri yang anggota-anggota perkhidmatan awamnya diliputi oleh bidang kuasa Suruhanjaya itu, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah membentangkan laporan itu di hadapan Dewan Undangan. 146a. (Dimansuhkan). 146b. (Dimansuhkan). 146c. (Dimansuhkan). [Perkara 145] 154

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy