Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 144—(samb.) Fasal (6a): Ditambahkan oleh Akta 25/1963, seksyen 4, berkuat kuasa dari 29-08-1963. Fasal (8): Lihat Per. 146c(3). Per. 145 Perkara yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 26, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Perkara yang dahulu berbunyi seperti yang berikut: “145. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, melantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan seorang Peguam Negara, yang hendaklah seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan. (2) Peguam Negara hendaklah memberi nasihat mengenai perkara undang-undang yang dirujukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan hendaklah mempunyai kuasa, yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera. (3) Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mana-mana mahkamah atau tribunal itu. (4) Tertakluk kepada Fasal (5), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau lebih, tidak lewat daripada enam bulan selepas dia mencapai umur itu, sebagaimana yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong. (5) Peguam Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan-alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.”. Fasal (1) & (6) a. Perkataan “Mahkamah Besar” digantikan dengan perkataan “Mahkamah Persekutuan” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. b. Subseksyen 18(2), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Agung. c. Perkataan “Agung” digantikan dengan perkataan “Persekutuan” oleh Akta A885, seksyen 34, berkuat kuasa dari 24-06-1994. Fasal (3) Perkataan “mahkamah anak negeri” dimasukkan selepas perkataan “mahkamah Syariah” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Fasal (3a): Ditambahkan oleh Akta A704, seksyen 10, berkuat kuasa dari 10-06-1988.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy