Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan (6a) Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil kerja dalam jawatan-jawatan tambahan kepada angkatan tentera atau mana-mana daripadanya atau jawatan tambahan kepada pasukan polis, atau berkenaan dengan mana-mana gred anggota-anggota perkhidmatan itu yang diambil kerja sedemikian, fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam boleh, di bawah Fasal (5a) atau (6), dijadikan boleh dijalankan oleh seorang pegawai atau suatu lembaga pegawai daripada angkatan tentera atau pasukan polis, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah pegawai atau lembaga pegawai itu ialah anggota perkhidmatan awam am Persekutuan. (7) Dalam Perkara ini “pertukaran” tidak termasuk pertukaran tanpa perubahan pangkat dalam sesuatu jabatan Kerajaan. (8) Sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai boleh, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, membuat kaedah-kaedah mengawal selia tatacaranya dan menentukan bilangan anggotanya untuk membentuk kuorum. Peguam Negara 145. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan. (2) Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain. (3) Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera. (3a) Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah Fasal (3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan. [Perkara 144] 153

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy