Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, atau apa-apa kuasa kenaikan pangkat (selain kenaikan pangkat bagi menyandang jawatan memangku); dan (b) mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan mana-mana kuasa kawalan tatatertib oleh mana-mana pegawai atau lembaga pegawai itu boleh merayu kepada Suruhanjaya dalam masa dan mengikut cara yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan, dan Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil mengenainya. (5b) (i) Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139 dan Perkara 141a, semua kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 dan Perkara 141a, selain kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (ii) Mana-mana orang yang terkilan dengan penjalanan mana-mana kuasa atau fungsi yang disebut terdahulu itu oleh lembaga itu boleh merayu kepada suatu Lembaga Rayuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (iii) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui peraturan-peraturan membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pelantikan anggota-anggota lembaga atau Lembaga Rayuan itu, dan tatacara yang hendaklah diikuti olehnya di bawah Fasal ini. (iv) Jika Yang di-Pertuan Agong telah melantik lembaga di bawah perenggan (i) Fasal ini bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa atau fungsi yang disebut di bawah perenggan itu, maka kuasa atau fungsi itu hendaklah terhenti daripada dijalankan oleh Suruhanjaya tersebut selagi kuasa atau fungsi itu masih menjadi kuasa atau fungsi yang hendaklah dijalankan oleh lembaga itu. (6) Sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Fasal (1) berkenaan dengan apa-apa gred perkhidmatan kepada mana-mana pegawai dalam sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya, atau kepada mana-mana lembaga pegawai itu yang dilantik olehnya, dan pegawai atau lembaga itu hendaklah menjalankan fungsi itu di bawah arahan dan kawalan Suruhanjaya itu. [Perkara 144] 152

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy