Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 144—(samb.) Fasal (3) a. Perkataan “selain jawatan-jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan” yang terdapat selepas perkataan “serupa tarafnya” dipotong oleh Akta 10/1960, perenggan 25(a), berkuat kuasa dari 31-05-1960, tetapi dimasukkan semula oleh Akta 26/1963, subseksyen 53(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963. b. Perkataan “selain jawatan-jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan” itu dipotong oleh Akta A354, seksyen 34, berkuat kuasa dari 27-08-1976. c. Berkenaan dengan senarai jawatan-jawatan ditetapkan—Lihat P.U. (S.B.) 119/1957 & 397/1958. Fasal (4) a. Perkataan “mana-mana Raja suatu Suruhanjaya yang bersamaan taraf dan bidang kuasa” digantikan dengan perkataan “suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. b. Perkataan “Gabenor” digantikan dengan perkataan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal (5)(b) Perkataan “Gabenor” digantikan dengan perkataan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal (5a) a. Ditambahkan oleh Akta 10/1960, perenggan 25(b), berkuat kuasa dari 31-05-1960. b. Perkataan “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (5b),” di permulaan Fasal dimasukkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966. c. Dalam proviso kepada perenggan (a), perkataan “atau untuk apa-apa kuasa menaikkan pangkat” digantikan dengan perkataan “atau apa-apa kuasa menaikkan pangkat” oleh Akta A31, seksyen 6, berkuat kuasa dari 24-03-1971. 2. Lihat— i. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1967, dalam P.U. 291/1967, seperti yang dipinda oleh P.U. 180/1968, 249/1968, P.U. (A) 285/1969. ii. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1967, dalam P.U. 292/1967, seperti yang dipinda oleh P.U. 181/1968, 249/1968, P.U. (A) 284/1969. iii. Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Kenaikan Pangkat) (Lembaga Rayuan) 1968, dalam P.U. 386/1968.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy