Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan (3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan khas apa-apa jawatan yang dipegang oleh ketua atau timbalan ketua sesuatu jabatan atau oleh seseorang pegawai yang pada pendapatnya adalah serupa tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Suruhanjaya yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan yang dalamnya jawatan itu dipegang. (4) Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri boleh menetapkan sebagai jawatan khas apa-apa jawatan dalam perkhidmatan awam Negerinya yang dipegang oleh ketua atau timbalan ketua sesuatu jabatan atau oleh seseorang pegawai yang pada pendapatnya adalah serupa tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (atau, jika di dalam Negeri itu ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, atas syor Suruhanjaya itu). (5) Sebelum bertindak, mengikut Fasal (3) atau (4), atas syor Suruhanjaya yang disebut dalam Fasal itu— (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri; dan (b) Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah menimbangkan nasihat Ketua Menteri Negerinya, dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada Suruhanjaya itu untuk ditimbangkan semula. (5a) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal (5b), undang-undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang itu, peraturan-peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong boleh, walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135, membuat peruntukan bagi mana-mana pegawai dalam sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasa Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai, atau bagi mana-mana lembaga pegawai itu, menjalankan mana-mana fungsi Suruhanjaya itu di bawah Fasal (1): Dengan syarat bahawa— (a) tiada undang-undang atau peraturan sedemikian boleh membuat peruntukan bagi mana-mana pegawai atau lembaga pegawai itu menjalankan apa-apa kuasa membuat [Perkara 144] 151

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy