Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya 143. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 142, seseorang anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai, selain anggota ex officio— (a) hendaklah dilantik bagi tempoh lima tahun atau, jika Yang di-Pertuan Agong yang bertindak menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dalam sesuatu hal tertentu menentukan sedemikian, bagi apa-apa tempoh yang lebih singkat yang ditentukan sedemikian olehnya; (b) boleh, melainkan jika hilang kelayakan, dilantik semula dari semasa ke semasa; dan (c) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan. (2) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan mana-mana anggota Suruhanjaya tersebut selain seseorang anggota yang peruntukan bagi saraannya sebagai pemegang apa-apa jawatan lain ada dibuat melalui undang-undang persekutuan; dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan. (3) Saraan dan terma-terma lain jawatan bagi seseorang anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai tidak boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan 144. (1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, menjadi tugas sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya. (2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mana-mana Suruhanjaya itu menjalankan fungsi lain. [Perkara 143] 150

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy