Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 142—(samb.) Fasal (3a): Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 11(c), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Catatan: Pindaan yang dibuat dalam Perkara 142(2)(b) dan (2a) oleh Akta A566 hendaklah terpakai hanya bagi orang yang dilantik menjadi anggota mana-mana Suruhanjaya pada atau selepas 16-12-1983. Fasal (4)(b): Lihat Per. 146c(2). Fasal (6) a. Perkataan “hakim Mahkamah Besar” digantikan dengan perkataan “hakim Mahkamah Persekutuan atau hakim Mahkamah Tinggi” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. b. Subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Agung. c. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan perkataan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan” oleh Akta A885, perenggan 32(b), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy