Perlembagaan Persekutuan Bahagian X

Perlembagaan Persekutuan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 15 Oktober 2020 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Federal Constitution. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah Perkara 160b Perlembagaan Persekutuan, teks ini bukan perundangan. Dicetak Dengan Persetujuan Yang Di-Pertuan Agong Menurut Perkara 160a Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Pertama kali diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Hari Merdeka … … ... 31 Ogos 1957 Kemudiannya diperkenalkan sebagai Perlembagaan Malaysia pada Hari Malaysia … … … 16 September 1963 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1603 yang mula berkuat kuasa pada ... … … … 11 September 2019 kecuali seksyen 3 Akta A1603 Teks Perlembagaan Persekutuan diterjemahkan pada tahun 1963. Kemudiannya, teks terjemahan Perlembagaan Persekutuan telah diterbitkan pada tahun 1972. Pada 29 September 2003 Majlis Pelancaran Perlembagaan Persekutuan Teks Bahasa Kebangsaan oleh Yang di-Pertuan Agong telah diadakan dan seterusnya teks terjemahan Perlembagaan Persekutuan telah diterbitkan pada tahun 2003. Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2006 Cetakan Semula Yang Kedua ... ... ... ... 2010 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA 2020

Perlembagaan Persekutuan KANDUNGAN MUKA SURAT SUSUNAN PERKARA 5–17 PERLEMBAGAAN 19–241 SENARAI PINDAAN 242–247 SENARAI PERKARA YANG DIPINDA 248–264

Perlembagaan Persekutuan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CATATAN: Catatan yang dicetak dalam cetakan kecil pada halaman tidak bernombor tidak menjadi sebahagian daripada teks sahih. Catatan itu bertujuan untuk membantu pembaca dengan menyatakan kronologi pindaan utama kepada Perlembagaan Persekutuan dan atas sebab editorial, Catatan itu disediakan dalam format ini.

Bahagian X PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam 133. Perkhidmatan bersama, dsb. 134. Peminjaman pegawai 135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat 136. Layanan saksama bagi pekerja persekutuan 137. Majlis Angkatan Tentera 138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan 139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 140. Suruhanjaya Pasukan Polis 141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api—Dimansuhkan) 141a. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 142. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya 143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya 144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan 145. Peguam Negara 146. Laporan Suruhanjaya 146a. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo—Dimansuhkan) 146b. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau Sarawak—Dimansuhkan) 146c. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam—Dimansuhkan) 146d. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak 147. Perlindungan hak pencen 148. Tafsiran Bahagian X

Bahagian X PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM Perkhidmatan-perkhidmatan awam 132. (1) Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan- perkhidmatan awam ialah— (a) angkatan tentera; (b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan; (c) perkhidmatan awam am Persekutuan; (d) pasukan polis; (e) (Dimansuhkan); (f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133; (g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan (h) perkhidmatan pendidikan.

Perlembagaan Persekutuan (2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Perlembagaan ini, kelayakan bagi pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam, selain orang dalam perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1), boleh dikawal selia melalui undang-undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-Pertuan Agong; dan kelayakan bagi pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri boleh dikawal selia melalui undang-undang Negeri dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu. (2a) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tiap-tiap orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (f) dan (h) Fasal (1) memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan Negeri itu, tiap-tiap orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri. (3) Perkhidmatan awam tidaklah dikira sebagai termasuk— (a) jawatan mana-mana anggota pentadbiran di dalam Persekutuan atau sesuatu Negeri; atau (b) jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri; atau (c) jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; atau (d) jawatan anggota mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini atau mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan sesuatu Negeri; atau (e) apa-apa jawatan diplomatik yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah, iaitu jawatan yang, jika tidak kerana perintah itu, akan menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am Persekutuan. [Perkara 132] 137

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Bahagian X Lihat Per. 153(3) & 160(2) takrif “Jawatan berpendapatan”. Per. 132 Fasal (1) a. Perkataan “perkhidmatan polis” dalam perenggan (d) digantikan dengan perkataan “pasukan polis” oleh Akta 10/1960, perenggan 17(a), berkuat kuasa dari 31-05-1960. b. Lihat Per. 134(1), 135(1), (3) & 139(1). c. Perkataan “dan” di hujung perenggan (f) dipotong dan perenggan baharu (h) dimasukkan oleh Akta A193, seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-01-1974. d. Perenggan (e) dipotong oleh Akta A855, perenggan 28(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994. Perenggan (e) yang asal berbunyi seperti yang berikut: “(e) perkhidmatan keretapi;”. Fasal (2) a. Perkataan “Gabenor” digantikan dengan perkataan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976. b. Lihat Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. Fasal (2a) a. Ditambahkan oleh Akta 10/1960, perenggan 17(b), berkuat kuasa dari 31-05-1960. b. Perkataan “(e) dan (f)” digantikan dengan perkataan “(e), (f) dan (h)” oleh Akta A193, seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-01-1974. c. Perkataan “Gabenor” digantikan dengan perkataan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976. d. Perkataan “(e),” dipotong oleh Akta A885, perenggan 28(b), berkuat kuasa dari 24-06-1994. Fasal (3) a. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 58, berkuat kuasa dari 16-09-1963 dan menggantikan Fasal yang dahulu yang peruntukannya adalah seperti yang berikut pada tarikh pemansuhan: “(3) Tertakluk kepada Fasal (4), sebutan mengenai orang dalam perkhidmatan awam atau anggota mana-mana perkhidmatan awam itu tidaklah termasuk sebutan mengenai yang berikut, iaitu: (a) mana-mana Menteri atau Menteri Muda bagi Persekutuan dan Ketua Menteri atau mana-mana anggota lain Majlis Mesyuarat Kerajaan sesuatu Negeri; (b) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri; (c) Setiausaha mana-mana Majlis Parlimen dan mana-mana anggota kakitangan Parlimen; (d) melainkan jika dia dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan atau perkhidmatan awam Negerinya itu, penasihat undangundang mana-mana Negeri; (e) seseorang anggota kakitangan peribadi Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Gabenor; (f) orang yang memegang jawatan diplomatik dalam perkhidmatan awam am Persekutuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah; mahupun anggota mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini, kecuali jika dia ialah anggota mana-mana perkhidmatan awam atas sesuatu sifat yang lain, sebutan termasuklah sebutan mengenai dirinya atas sifat itu.”. b. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan perkataan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan” oleh Akta A885, perenggan 28(c), berkuat kuasa dari 24-06-1994.

Perlembagaan Persekutuan (4) Sebutan dalam Bahagian ini, kecuali dalam Perkara 136 dan 147, mengenai orang dalam perkhidmatan awam atau anggota mana-mana perkhidmatan awam tidaklah terpakai bagi— (a) (Dimansuhkan); (b) Peguam Negara atau, jika peruntukan bagi cara pelantikan dan pemecatannya daripada jawatan dimasukkan dengan khususnya dalam Perlembagaan Negeri itu, atau jika dia dilantik bukan daripada kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan atau perkhidmatan awam Negeri, penasihat undang-undang mana-mana Negeri; atau (c) seseorang anggota kakitangan peribadi Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri; atau (d) dalam hal Melaka dan Pulau Pinang, jika peruntukan dibuat melalui undang-undang Negeri bagi pelantikan mereka— (i) Yang Dipertua Jabatan Hal Ehwal Agama; (ii) Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Agama; (iii) Mufti; (iv) Kadi Besar; atau (v) Kadi. Perkhidmatan bersama, dsb. 133. (1) Perkhidmatan bersama, untuk kegunaan bersama Persekutuan dan satu Negeri atau lebih atau, atas permintaan Negeri-Negeri yang berkenaan, untuk dua Negeri atau lebih, boleh ditubuhkan melalui undang-undang persekutuan. (2) Jika seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam diambil kerja— (a) sebahagiannya bagi maksud persekutuan dan sebahagiannya bagi maksud Negeri; atau (b) bagi maksud dua Negeri atau lebih, maka perkadaran saraannya, jika ada, yang kena dibayar oleh Persekutuan dan Negeri atau Negeri-Negeri yang berkenaan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap Negeri yang berkenaan, hendaklah, tertakluk kepada undang-undang persekutuan, ditentukan dengan persetujuan atau, jika tidak ada persetujuan, oleh Suruhanjaya yang bidang kuasanya meliputi anggota itu. [Perkara 132] 138

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 132—(samb.) Fasal (4) a. Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 26/1963, seksyen 58, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Fasal asal sebagaimana yang terdapat pada Hari Merdeka yang berbunyi seperti yang berikut: “(4) Fasal (3) tidak menyekat pemakaian Perkara 136 dan 147.”. b. Perenggan (d) ditambahkan oleh Akta 31/1965, seksyen 2, berkuat kuasa setakat yang Fasal itu berhubung dengan Melaka dari 01-05-1960 dan setakat yang Fasal itu berhubung dengan Pulau Pinang dari 01-11-1959. c. Dalam perenggan (c), perkataan “Gabenor” digantikan dengan perkataan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976. d. Perenggan (a) dimansuhkan oleh Akta A837, seksyen 6, bekuat kuasa dari 20-11-1992. Per. 133 Lihat Per. 132(1)(f). Fasal (2): Lihat Per. 179.

Perlembagaan Persekutuan Peminjaman pegawai 134. (1) Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatu Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya kepada perkhidmatan Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan sesuatu Negeri boleh, atas permintaan Persekutuan, suatu Negeri lain, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya sendiri kepada perkhidmatan Persekutuan, Negeri lain, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Seseorang yang dipinjamkan di bawah Perkara ini hendaklah tetap menjadi anggota perkhidmatan yang dianggotainya, tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa atau organisasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang kepada perkhidmatannya dia dipinjamkan. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat 135. (1) Tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (b) hingga (h) Fasal (1) Perkara 132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa yang rendah daripada pihak berkuasa yang, pada masa pembuangan kerja atau penurunan pangkat itu, mempunyai kuasa untuk melantik seseorang anggota perkhidmatan itu yang sama pangkatnya: Dengan syarat bahawa dalam pemakaiannya bagi anggota-anggota perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1) Perkara 132, Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa undang-undang yang mungkin dibuat oleh badan perundangan mana-mana Negeri, selain Pulau Pinang dan Melaka, yang memperuntukkan bahawa segala kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri itu, selain kuasa untuk membuat pelantikan pertama ke perjawatan tetap atau perjawatan berpencen hendaklah dijalankan oleh suatu Lembaga yang dilantik oleh Raja Negeri itu: [Perkara 134] 139

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 134 Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta A885, seksyen 29, berkuat kuasa dari 24-06-1994, dan menggantikan Fasal yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut: “134. (1) Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatu Negeri, meminjamkan mana-mana anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d) atau (f) Fasal (1) Perkara 132 kepada perkhidmatan Negeri itu; dan sesuatu Negeri boleh, atas permintaan Persekutuan atau permintaan suatu Negeri lain, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya sendiri kepada perkhidmatan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada perkhidmatan Negeri yang lain itu. (2) Seseorang yang dipinjamkan di bawah Perkara ini tetap menjadi anggota perkhidmatan yang dianggotainya, tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh Negeri yang berkenaan itu jika dia dipinjamkan kepada perkhidmatan Negeri itu, atau dibayar oleh Persekutuan jika dia dipinjamkan kepada perkhidmatan Persekutuan.”. Fasal (2): Lihat Per. 146d(1). Per. 135 Fasal (1) a. Lihat Per. 144(5a) & (5b). b. Perkataan “(g)” digantikan dengan perkataan “(h)” oleh Akta A193, seksyen 3, berkuat kuasa dari 01-01-1974. c. Proviso dimasukkan oleh Akta 27/1968, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-09-1968 dan Akta A31, perenggan 5(b), berkuat kuasa dari 24-03-1971. d. Proviso selanjutnya dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 30(a), berkuat kuasa dari 31-08-1957.

Perlembagaan Persekutuan Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi hal jika seseorang anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam Fasal ini dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa menurut sesuatu kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh suatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai, dan proviso ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian integral Fasal ini mulai dari Hari Merdeka. (2) Tiada seorang pun anggota sesuatu perkhidmatan yang disebut terdahulu boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar: Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi hal yang berikut: (a) jika seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadap anggota itu; atau (b) jika pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan oleh pihak berkuasa itu secara bertulis, kehendak Fasal ini tidaklah semunasabahnya dapat dilaksanakan; atau (c) jika Yang di-Pertuan Agong, atau, dalam hal seseorang anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya tidaklah suai manfaat kehendak Fasal ini dijalankan; atau (d) jika apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran telah dibuat terhadap seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu, atau jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas seorang anggota yang sedemikian, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis: [Perkara 135] 140

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 135—(samb.) Fasal (2) a. Proviso dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 30(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976. b. Proviso selanjutnya dimasukkan oleh Akta A442, seksyen 3, berkuat kuasa dari 31-08-1957. c. Lihat Per. 160(5)(b).

Perlembagaan Persekutuan Dengan syarat selanjutnya bahawa bagi maksud Perkara ini, jika perkhidmatan seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu ditamatkan demi kepentingan awam di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (2) Perkara 132, penamatan perkhidmatan itu tidaklah merupakan pembuangan kerja sama ada atau tidak keputusan untuk menamatkan perkhidmatan itu dikaitkan dengan salah laku atau pelaksanaan kewajipan dengan tidak memuaskan oleh anggota itu berhubung dengan jawatannya, atau akibat penamatan itu melibatkan unsur hukuman; dan proviso ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian integral Perkara ini mulai dari Hari Merdeka. (3) Tanpa persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (c), (f) atau (g) Fasal (1) Perkara 132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat atau menanggung apa-apa langkah tatatertib yang lain kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya pada menjalankan sesuatu fungsi kehakiman yang diberikan kepadanya oleh undang-undang. Layanan saksama bagi pekerja persekutuan 136. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan mereka, semua orang, walau apa pun rasnya, dalam gred yang sama dalam perkhidmatan Persekutuan hendaklah diberi layanan yang saksama. Majlis Angkatan Tentera 137. (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera, dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi. (2) Fasal (1) berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan, dan mana-mana undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi peletakhakan apa-apa fungsi mengenai angkatan tentera pada Majlis Angkatan Tentera. [Perkara 135] 141

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 135—(samb.) Fasal (3) a. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 53(1), berkuat kuasa dari 16-09-1963. Fasal yang dahulu yang dimansuhkan oleh Akta 10/1960, seksyen 18, berkuat kuasa dari 31-05-1960, berbunyi seperti yang berikut: “(3) Tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (e), (f), atau (g) Fasal (1) Perkara 132 boleh, tanpa persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, diberhentikan atau diturunkan pangkat atau menanggung apa-apa langkah tatatertib yang lain kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya pada menjalankan fungsi kehakiman yang diberikan kepadanya oleh undang-undang.”. b. Perkataan “perenggan (e)” digantikan dengan perkataan “perenggan (c)” oleh Akta A31, perenggan 5(c), berkuat kuasa dari 24-03-1971. Per. 136 Lihat Per. 132(4) & 153(5).

Perlembagaan Persekutuan (3) Majlis Angkatan Tentera hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu: (a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan, yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) seorang anggota yang mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, yang hendaklah dilantik oleh Majlis Raja-Raja; (c) Panglima Angkatan Tentera yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; (d) seorang anggota preman, iaitu orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha Pertahanan, yang hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Angkatan Tentera; (e) dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; (f) seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; (g) seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; (h) dua orang anggota tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau preman, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (4) Majlis Angkatan Tentera boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keanggotaannya dan, tertakluk kepada Perlembagaan ini dan kepada undang-undang persekutuan, boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan penyimpanan rekod dan minit; (b) tugas dan tanggungjawab anggota Majlis itu masing-masing, termasuk pewakilan mana-mana kuasa atau tugasnya kepada mana-mana anggota Majlis itu; (c) rundingan yang diadakan oleh Majlis itu dengan orang selain anggotanya; (d) tatacara yang akan diikuti oleh Majlis itu pada menjalankan urusannya (termasuk menetapkan kuorum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi daripada kalangan anggotanya, dan fungsi naib pengerusi; [Perkara 137] 142

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 137 Fasal (3) a. Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 19, berkuat kuasa dari 31-05-1960. Fasal yang dahulu berbunyi seperti yang berikut: “(3) Majlis Angkatan Tentera hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu— (a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan, yang hendaklah menjadi pengerusi; (b) seorang anggota mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia, yang hendaklah dilantik oleh Majlis Raja-Raja; (c) Pegawai Pemerintah Agung Angkatan Tentera Persekutuan, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Persekutuan; (d) pegawai turus kanan Tentera Persekutuan yang bertanggungjawab bagi kakitangan dan pegawai turus kanan Tentera Persekutuan yang bertanggungjawab bagi barang stor, kelengkapan dan rumah Kerajaan; (e) mana-mana pegawai yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memerintah Tentera Laut Persekutuan atau Tentera Udara Persekutuan; (f) seorang anggota preman, iaitu orang yang melaksanakan tugas-tugas jawatan Setiausaha Pertahanan, yang hendaklah bertindak sebagai setiausaha kepada Majlis; (g) seorang anggota tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau preman, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.”. b. Perkataan “Tentera Laut Diraja Malaya” dalam perenggan (f) dan “Tentera Udara Diraja Malaya” dalam perenggan (g) masing-masing digantikan dengan perkataan “Tentera Laut Persekutuan” dan “Tentera Udara Persekutuan” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. c. Perkataan “Duli-Duli Yang Maha Mulia” dalam perenggan (b) digantikan dengan perkataan “Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja” oleh Akta A31, seksyen 2, berkuat kuasa dari 24-03-1971. d. Lihat Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77]. e. Perkataan “Ketua Turus Angkatan Tentera” digantikan dengan perkataan “Panglima Angkatan Tentera” oleh Akta A1130, subseksyen 10(1), berkuat kuasa dari 28-09-2001. Catatan: 1. Apabila Akta A1130 mula berkuat kuasa, tiap-tiap sebutan tentang “Ketua Turus Angkatan Tentera” dalam semua undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang “Panglima Angkatan Tentera”. 2. Apa-apa tindakan yang diambil oleh, atas nama atau terhadap “Panglima Angkatan Tentera” sebelum Akta A1130 mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah diambil dengan sah dan menurut undang-undang jika tindakan itu boleh diambil dengan sah dan menurut undang-undang oleh, atas nama atau terhadap Ketua Turus Angkatan Tentera.

Perlembagaan Persekutuan (e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Majlis itu perlu atau suai manfaat dibuat peruntukan mengenainya untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan 138. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang bidang kuasanya hendaklah meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan. (2) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah terdiri daripada— (a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) Peguam Negara atau, jika Peguam Negara ialah seorang ahli Parlimen atau dilantik tidak daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Peguam Cara Negara; dan (c) seorang anggota lain atau lebih yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, daripada kalangan orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi atau yang pernah menjadi hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia. (3) Orang yang menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah juga menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 139. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya hendaklah, tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatanperkhidmatan yang disebut dalam perenggan (c) dan (f) Fasal (1) Perkara 132, selain Ketua Audit Negara, meliputi anggota perkhidmatan-perkhidmatan awam Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang, dan, setakat yang diperuntukkan oleh Fasal (2), meliputi anggota perkhidmatan awam mana-mana Negeri lain. [Perkara 137] 143

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 138 1. Perkara ini dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 52, berkuat kuasa dari 16-09-1963. Fasal (2) Perkataan “Tertakluk kepada Perkara 146a” di permulaan Fasal dipotong oleh Akta A354, perenggan 31(a), berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal 2(b) Perkataan “atau, jika Peguam Negara ialah seorang ahli Parlimen atau dilantik bukan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Peguam Cara Negara” dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 31(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal 2(c) a. Perkataan “atau yang layak menjadi,” dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 31(c), berkuat kuasa dari 27-08-1976. b. Subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Agung. c. Lihat juga Catatan mengenai Perkara ini pada halaman sebelumnya. d. Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” dan “Mahkamah Agung” masingmasing digantikan dengan perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan” dan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan” oleh Akta A885, seksyen 30, berkuat kuasa dari 24-06-1994. 2. Perkara yang dahulu yang dimansuhkan oleh Akta 10/1960, seksyen 20, berkuat kuasa dari 31-05-1960, berbunyi seperti yang berikut: “138. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. (2) Tanpa menjejaskan fungsi-fungsi yang boleh dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di bawah mana-mana Perkara lain, bidang kuasa Suruhanjaya hendaklah meliputi semua anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selain Hakim Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Besar dan Peguam Negara. (3) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah terdiri daripada— (a) Hakim Besar, yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) Peguam Negara; (c) hakim puisne yang kanan; (d) timbalan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; dan (e) seorang atau beberapa orang anggota lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Hakim Besar, daripada kalangan hakim atau bekas hakim Mahkamah Besar.”. 3. Lihat Per. 148(1). Per. 139 Lihat Per. 144(5b) & 148(1). Fasal (1) a. Perkataan “perenggan (c) dan (f)” dalam naskhah asal dipinda oleh Akta 10/1960, perenggan 21(a), berkuat kuasa dari 31-05-1960 supaya dibaca “perenggan (b), (c) dan (f)”. Akta 26/1963, subseksyen 53(2), berkuat kuasa dari 16-09-1963, mengekalkan versi asal “perenggan (c) dan (f)”.

Perlembagaan Persekutuan (1a) Bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah meliputi— (a) anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil kerja dalam sesuatu jabatan persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak; (b) anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan kepada perkhidmatan awam am Persekutuan; dan (c) anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang berkhidmat dalam jawatan persekutuan atau dalam mana-mana jawatan yang dijadikan jawatan persekutuan di Negeri itu dan yang telah membuat pilihan untuk menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan. (2) Badan Perundangan mana-mana Negeri, selain Melaka dan Pulau Pinang, boleh melalui undang-undang memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya meliputi semua atau mana-mana orang dalam perkhidmatan awam Negeri itu, tetapi tiada undang-undang yang sedemikian boleh berkuat kuasa lebih awal daripada dua belas bulan dari tarikh undang-undang itu diluluskan; dan jika suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri tidak ada ditubuhkan dan menjalankan fungsinya pada bila-bila masa di mana-mana Negeri yang di dalamnya tiada undang-undang sedemikian berkuat kuasa, maka bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu hendaklah, jika undang-undang persekutuan memperuntukkan sedemikian, meliputi semua anggota perkhidmatan awam Negeri itu. (3) Apa-apa peluasan bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dibuat oleh Badan Perundangan mana-mana Negeri menurut Fasal (2) boleh dibatalkan atau diubahsuaikan melalui suatu undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri itu. (4) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, iaitu, seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak kurang daripada empat orang anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidak boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi tiga puluh. [Perkara 139] 144

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 139—(samb.) b. Perkataan “anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang” digantikan dengan perkataan “anggota-anggota perkhidmatan-perkhidmatan awam bagi Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang” oleh Akta 10/1960, perenggan 21(b), berkuat kuasa dari 31-05-1960. c. Huruf “, (e)” dimasukkan selepas huruf “(c)” oleh Akta A514, perenggan 9(1)(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981. d. Perkataan “perenggan (c), (e) dan (f)” digantikan dengan perkataan “perenggan (c) dan (f)” oleh Akta A885, seksyen 31, berkuat kuasa dari 24-06-1994. Fasal (1a) Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 9(1)(b), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Fasal (2) a. Perkataan “selepas tarikh yang berkaitan” yang terdapat selepas perkataan “dan jika” dipotong oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963. b. Perkataan “Suruhanjaya yang bersamaan taraf dan bidang kuasa dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam” digantikan dengan perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. c. Lihat Per. 146d(3). Fasal (3) a. Fasal ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan berbunyi seperti yang berikut: “(3) Tarikh yang berkaitan yang disebut dalam Fasal (2) ialah mana-mana satu daripada tarikh berikut yang terdahulu— (a) tiga puluh satu hari bulan Disember, seribu sembilan ratus enam puluh dua; atau (b) tarikh yang mula-mula sekali berkuat kuasanya sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Negeri semua peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual Kelapan atau peruntukan yang pada keseluruhannya sama kuat kuasanya.”. b. Fasal baharu ini dimasukkan oleh Akta 27/1968, seksyen 3, berkuat kuasa dari 09-09-1968. Fasal (4) a. Perkataan “Tertakluk kepada Perkara 146b” yang terdapat di permulaan Fasal dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 59(1), berkuat kuasa dari 16-09-1963. Akta itu juga menggantikan perkataan “lapan orang anggota lain” yang terdapat di hujung Fasal dengan perkataan “sepuluh orang anggota lain”. b. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966, menggantikan perkataan “sepuluh” dengan perkataan “dua belas”. c. Perkataan “Tertakluk kepada Perkara 146b” di permulaan Fasal dipotong dan perkataan “dua belas” digantikan dengan perkataan “tiga puluh” oleh Akta A514, perenggan 9(1)(c), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Catatan: “Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan atau Perlembagaan Negeri Sabah atau Sarawak, mana-mana anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang berkhidmat dalam mana-mana jawatan persekutuan atau dalam mana-mana jawatan yang dijadikan jawatan persekutuan di Negeri itu dan yang telah membuat mengikut apa jua cara atau dalam apa jua bentuk, apa-apa pilihan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan hendaklah disifatkan telah membuat pilihan dan dengan demikian itu ditukarkan ke, atau dilantik menjadi anggota, perkhidmatan awam Persekutuan.”. —Lihat subseksyen 9(2) Akta A514, berkuat kuasa dari 15-05-1981.

Perlembagaan Persekutuan (5) Sama ada pengerusi atau timbalan pengerusi hendaklah, dan kedua-duanya boleh, dilantik daripada kalangan orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau yang pernah menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh pelantikan pertama mereka. (6) Seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang dilantik menjadi pengerusi atau timbalan pengerusi tidaklah layak memegang apa-apa jawatan selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan selain sebagai anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai. Suruhanjaya Pasukan Polis 140. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Pasukan Polis yang bidang kuasanya hendaklah meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis dan yang, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada, hendaklah bertanggungjawab bagi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan penjalanan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis: Dengan syarat bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi penjalanan apa-apa kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara dan oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu, dan dalam keadaan yang sedemikian, jika pihak berkuasa itu bukan Suruhanjaya itu, kawalan tatatertib yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa itu tidak boleh dijalankan oleh Suruhanjaya itu; dan tiada peruntukan undang-undang itu boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini. (2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi Suruhanjaya Pasukan Polis menjalankan fungsi lain. (3) Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu: (a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis, yang hendaklah menjadi Pengerusi; [Perkara 139] 145

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 139—(samb.) d. Perkataan “tetapi tidak lebih daripada tiga puluh orang anggota lain” digantikan dengan perkataan “anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidaklah boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi tiga puluh orang” oleh Akta A767, seksyen 3, berkuat kuasa dari 11-05-1990. e. Lihat P.U. (A) 149/1990. Per. 140 1. Perkara yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 22, berkuat kuasa dari 01-04-1961. Perkara yang dahulu berbunyi seperti yang berikut: “140. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Polis yang bidang kuasanya hendaklah, tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan polis. (2) Suruhanjaya Perkhidmatan Polis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu— (a) seorang pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu seseorang yang merupakan sama ada pengerusi atau timbalan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; (b) seorang anggota yang mempunyai kelayakan undang-undang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Hakim Besar; (c) tidak kurang daripada dua orang tetapi tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis.”. Fasal (1): Proviso dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 32(a), berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal (3) a. Perkataan “Pesuruhjaya Polis” dalam perenggan (b) digantikan dengan perkataan “pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. b. Perkataan “dua” di permulaan perenggan (e) digantikan dengan perkataan “tidak kurang daripada dua orang tetapi lebih daripada empat” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. c. Fasal (3)(a): Lihat Per. 142(1). d. Akta A354, perenggan 32(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976, meminda Fasal (3)(e) dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “enam”.

Perlembagaan Persekutuan (b) pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis; (c) orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha Kementerian di bawah Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis; (d) seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; (e) tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada enam orang anggota lain, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (4) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan khas jawatan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan apa-apa jawatan lain dalam pasukan polis yang pada pendapatnya adalah serupa atau lebih tinggi tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidaklah boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis. (5) Sebelum bertindak mengikut Fasal (4) atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri, dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada Suruhanjaya itu untuk ditimbangkan semula. (6) Suruhanjaya Pasukan Polis boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan penyimpanan rekod dan minit; (b) tugas dan tanggungjawab anggota Suruhanjaya itu masing-masing, termasuk pewakilan kuasa atau tugasnya kepada mana-mana anggota Suruhanjaya itu atau pasukan polis atau lembaga pegawai pasukan polis atau suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Suruhanjaya dan juga pasukan itu; (c) rundingan yang diadakan oleh Suruhanjaya itu dengan orang selain anggotanya; (d) tatacara yang akan diikuti oleh Suruhanjaya itu pada menjalankan urusannya (termasuk menetapkan kuorum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi daripada kalangan anggotanya, dan fungsi naib pengerusi; [Perkara 140] 146

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 140—(samb.) Fasal (4) a. Perkataan “atau lebih tinggi” dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963. b. Bagi pelantikan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara lihat seksyen 5 Akta Polis 1967 [Akta 344]. Fasal (6)(b) Perkataan “atau suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Suruhanjaya dan juga pasukan itu” dimasukkan oleh Akta A585, seksyen 26, berkuat kuasa dari 14-04-1984. 2. Lihat Per. 148(1). 3. Lihat Akta Polis 1967.

Perlembagaan Persekutuan (e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Suruhanjaya itu perlu atau suai manfaat dibuat peruntukan mengenainya untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik. (7) Dalam Perkara ini “pertukaran” tidak termasuk pertukaran tanpa perubahan pangkat dalam pasukan polis. 141. (Dimansuhkan). Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 141a. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang bidang kuasanya hendaklah, tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (h) Fasal (1) Perkara 132. (2) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, iaitu, seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada empat orang anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidak boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi lapan* orang. (3) Seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang dilantik menjadi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi tidaklah layak memegang apa-apa jawatan selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan selain sebagai anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya 142. (1) Tertakluk kepada perenggan (a) Fasal (3) Perkara 140, seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri tidak boleh menjadi atau dilantik menjadi anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai. *Kemudiannya “dua belas”—lihat P.U. (A) 150/1990. *Kemudiannya “enam belas”—lihat P.U. (A) 169/2001. *Sekarang “dua puluh empat”—lihat P.U. (A) 127/2006. [Perkara 140] 147

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 141 1. Lihat Per. 148(1). Fasal (2) Perkataan “menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja” yang ditunjukkan dalam huruf condong di bawah, dimasukkan oleh Akta 10/1960, seksyen 23, berkuat kuasa dari 31-05-1960. 2. Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta A514, subseksyen 10(1), berkuat kuasa dari 15-05-1981: “141. (1) Tertakluk kepada Fasal (4), maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api yang bidang kuasanya hendaklah tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan kereta api. (2) Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, iaitu, seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada enam orang anggota lain; dan sama ada pengerusi atau timbalan pengerusi hendaklah, dan kedua-duanya boleh, dilantik daripada kalangan orang yang menjadi atau pernah pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh pelantikan pertama mereka menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam. (3) Salah seorang daripada anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api hendaklah dilantik daripada kalangan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dua orang anggota lain hendaklah jika orang yang sesuai yang mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan kereta api atau pentadbiran kereta api boleh didapati, dilantik daripada kalangan orang yang sedemikian. (4) Seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang dilantik menjadi pengerusi atau timbalan pengerusi tidaklah layak memegang apa-apa jawatan seterusnya dalam perkhidmatan Persekutuan selain sebagai anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai. (5) Jika perkhidmatan kereta api terhenti menjadi perkhidmatan awam Persekutuan, maka Parlimen boleh melalui undang-undang menghapuskan Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api.”. Catatan: Akta A514, seksyen 10, berkuat kuasa dari 15-05-1981, yang memansuhkan Perkara 141 membuat peruntukan dalam subseksyen (2) seperti yang berikut: “(2) Sebaik sahaja berkuat kuasanya Akta ini— (a) apa-apa perkara atau prosiding berkenaan dengan seseorang anggota perkhidmatan kereta api yang menanti keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Api hendaklah diteruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; (b) apa-apa pewakilan yang dibuat kepada mana-mana orang atau Lembaga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api di bawah Fasal (6) Perkara 144 hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya melainkan jika dibatalkan selainnya; (c) pelantikan mana-mana orang sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api hendaklah terhenti berkuat kuasa; dan (d) apa-apa sebutan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.”. Per. 141a 1. Lihat Per. 148(1). 2. Perkara ini dimasukkan oleh Akta A193, seksyen 4, berkuat kuasa dari 01-01-1974.

Perlembagaan Persekutuan CATATAN Per. 141a—(samb.) Fasal (2) a. Perkataan “empat orang anggota” digantikan dengan perkataan “tidak kurang daripada empat orang tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota lain” oleh Akta A354, seksyen 33, berkuat kuasa dari 27-08-1976. b. Perkataan “, seorang Timbalan Pengerusi” dimasukkan oleh Akta A442, perenggan 4(a), berkuat kuasa dari 31-12-1978. c. Perkataan “tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota lain” digantikan dengan perkataan “anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidaklah boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi lapan orang” oleh Akta A767, seksyen 4, berkuat kuasa dari 11-05-1990. Fasal (3) Perkataan “atau Timbalan Pengerusi” dimasukkan oleh Akta A442, perenggan 4(b), berkuat kuasa dari 31-12-1978. Per. 142 Fasal (1) a. Perkataan “Seorang ahli” digantikan dengan perkataan “Tertakluk kepada perenggan (a) Fasal (3) Perkara 140, seorang ahli” oleh Akta 10/1960, seksyen 24, berkuat kuasa dari 01-04-1961. b. Perkataan “tidaklah boleh dilantik menjadi” digantikan dengan perkataan “tidaklah boleh menjadi atau dilantik menjadi” oleh Akta A885, perenggan 32(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994. Fasal (2) Perkataan “dan tidak boleh terus menjadi seorang anggota” digantikan dengan perkataan “dan hendaklah dipecat melalui perintah Yang di-Pertuan Agong” oleh Akta A514, perenggan 11(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Perenggan (b) digantikan oleh Akta A514, perenggan 11(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981 dan berbunyi seperti yang berikut: “(b) seseorang pegawai atau pekerja mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pertubuhan perbadanan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi maksud awam;”. Fasal (2)(b) Perenggan yang ada sekarang digantikan oleh Akta A566, perenggan 19(1)(a), berkuat kuasa dari 16-12-1983 dan menggantikan perenggan yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut: “(b) seorang anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau seorang pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau perniagaan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya;”. Fasal (2a) a. Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta A566, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 16-12-1983. Fasal yang dahulu yang dimasukkan oleh Akta A514, perenggan 11(b), berkuat kuasa dari 15-05-1981, berbunyi seperti yang berikut: “(2a) Kehilangan kelayakan dalam perenggan (b) Fasal (2) tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.”. b. Perkataan “atau timbalan pengerusi” dimasukkan sebaik selepas perkataan “Pengerusi” oleh Akta A704, seksyen 9, berkuat kuasa dari 10-06-1988.

Perlembagaan Persekutuan (2) Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang tidaklah boleh dilantik menjadi anggota mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai jika dia ialah, dan hendaklah dipecat melalui perintah Yang di-Pertuan Agong jika dia menjadi— (a) anggota mana-mana perkhidmatan awam; (b) pegawai atau pekerja mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi maksud awam; (c) anggota sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu badan atau persatuan yang bergabung dengan sesuatu kesatuan sekerja. (2a) Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (2), Pengerusi atau Timbalan Pengerusi mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan dari pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya: Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya. (3) Fasal (2) tidak terpakai bagi anggota ex officio; dan seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam boleh dilantik untuk menjadi dan boleh terus menjadi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi bagi mana-mana Suruhanjaya tersebut dan jika dia bercuti sebelum bersara, dia boleh dilantik menjadi anggota lain bagi mana-mana Suruhanjaya tersebut. 148 [Perkara 142]

Perlembagaan Persekutuan (3a) Jika, dalam apa-apa tempoh, Pengerusi mana-mana Suruhanjaya tersebut telah diberi kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka Timbalan Pengerusi Suruhanjaya itu hendaklah menunaikan fungsi Pengerusi selama tempoh itu, dan jika Timbalan Pengerusi juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu, maka seorang anggota Suruhanjaya itu boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menunaikan fungsi Pengerusi selama tempoh itu. (4) Jika, dalam apa-apa tempoh, seseorang anggota mana-mana Suruhanjaya tersebut telah diberi kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya sebagai seorang anggota kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka— (a) sekiranya dia seorang anggota dilantik, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik untuk mengambil tempatnya bagi menjalankan fungsinya selama tempoh itu, dan pelantikan orang itu hendaklah dibuat mengikut cara yang sama sebagaimana pelantikan anggota yang fungsinya hendaklah dijalankan olehnya itu; (b) sekiranya dia seorang anggota ex officio, mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah undang-undang persekutuan untuk melaksanakan fungsi jawatannya boleh selama tempoh itu melaksanakan juga fungsinya sebagai seorang anggota Suruhanjaya itu. (5) Sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai boleh bertindak walaupun ada sesuatu kekosongan dalam keanggotaannya, dan tiada prosiding sesuatu Suruhanjaya itu boleh menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab seseorang yang tidak berhak hadir telah mengambil bahagian dalam prosiding itu. (6) Sebelum menjalankan fungsinya sebagai seorang anggota mana-mana Suruhanjaya tersebut atau di bawah Fasal (4) mana-mana orang selain seorang anggota ex officio hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah taat setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di hadapan seorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. [Perkara 142] 149

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy