Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2011
P.U. (A) 435 5 (d) bagi pegawai yang tidak diperuntukkan dengan mata gaji tetapi telah diturunkan pangkat ke gred yang diperuntukkan dengan mata gaji, gaji hakikinya di gred sebelum hukuman dikenakan hendaklah dikurangkan terlebih dahulu sebanyak lima belas peratus dan kemudian gajinya hendaklah ditentukan pada suatu mata gaji yang lebih rendah, tetapi paling hampir, dalam jadual gaji bagi gred turun pangkat, dan sekiranya mata gaji yang paling hampir itu adalah sama atau kurang daripada gaji minimum di gred turun pangkat, gaji pegawai itu hendaklah ditentukan pada mata gaji minimum gred turun pangkat itu. (3) Sekiranya hukuman turun pangkat digabungkan dengan hukuman turun gaji, kedua-dua hukuman itu hendaklah dilaksanakan serentak. (4) Hukuman turun pangkat tidak terpakai ke atas pegawai lantikan terus dan lantikan kontrak.”. Kecualian dan peralihan 4. Jika sesuatu kesalahan itu berlaku sebelum Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa, tidak kira sama ada prosiding tatatertib berkenaan dengannya telah dimulakan atau tidak, prosiding bagi kesalahan itu hendaklah dimulakan atau diteruskan di bawah dan dengan menepati Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 sebelum dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini. Dibuat 29 Disember 2011 [JPA(R).TT.193/43 Jld. 7(48); PN(PU2)76/X] Dengan Titah Perintah TAN SRI MOHD SIDEK BIN HASSAN Setiausaha Jemaah Menteri
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy