Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2011
P.U. (A) 435 4 (a) bagi pegawai yang diperuntukkan dengan mata gaji, gaji pegawai itu hendaklah terlebih dahulu diturunkan sebanyak tiga mata gaji daripada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu dalam gred hakikinya sebelum hukuman dikenakan, dan kemudian gajinya hendaklah ditentukan pada suatu mata gaji yang lebih rendah, tetapi paling hampir, dalam jadual gaji bagi gred turun pangkat tersebut; (b) bagi pegawai yang diperuntukkan dengan mata gaji tetapi berada pada mata gaji tiga atau kurang semasa hukuman dikenakan, gaji terakhir di gred hakikinya sebelum hukuman itu hendaklah ditolak dengan suatu amaun yang bersamaan dengan amaun tiga kali pergerakan gaji di gred hakikinya itu, dan berdasarkan amaun yang diperoleh, gaji pegawai itu hendaklah ditentukan pada suatu mata gaji yang lebih rendah, tetapi paling hampir, dalam jadual gaji bagi gred turun pangkat, atau pada gaji minimum gred turun pangkat jika mata gaji yang paling hampir itu adalah sama atau kurang daripada gaji minimum di gred turun pangkat tersebut; (c) bagi pegawai yang tidak diperuntukkan dengan mata gaji, gaji terakhir di gred hakikinya sebelum hukuman dikenakan hendaklah dikurangkan terlebih dahulu amaunnya sebanyak lima belas peratus tanpa mengira sama ada amaun yang telah dikurangkan itu menjadi sama atau kurang daripada gaji minimum di gred sebelum pegawai dikenakan hukuman dan jumlah itu hendaklah menjadi gaji bagi pegawai itu di gred turun pangkat, dengan syarat sekiranya gaji itu lebih tinggi daripada gaji maksimum di gred turun pangkat, gaji maksimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai itu di gred turun pangkat; atau
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy