Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2011

P.U. (A) 435 3 bagi gred jawatan yang disandang oleh pegawai” selepas perkataan “tiga pergerakan gaji”; dan (b) dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut: “ (5) Bagi maksud perenggan (1) (b) , pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan mata gaji, “pergerakan gaji” adalah bersamaan amaun lima peratus daripada gaji hakiki. (6) Hukuman turun gaji tidak terpakai ke atas pegawai yang berada di mata gaji minimum atau pegawai lantikan kontrak yang tidak diperuntukkan mata gaji tetapi tidak termasuk pegawai lantikan kontrak yang diberi kenaikan gaji berdasarkan peratusan.”. Penggantian peraturan 42 3. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 42 dengan peraturan yang berikut: “Turun pangkat. 42. (1) Tertakluk kepada subperaturan (3), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas seseorang pegawai dan hukuman itu hendaklah dikenakan dengan   (a) menurunkan gred pegawai itu ke satu gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama; dan (b) menentukan gaji pegawai itu menggunakan kaedah dalam subperaturan (2). (2) Kaedah bagi menentukan gaji pegawai yang dikenakan hukuman turun pangkat adalah seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy