Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2011

P.U. (A) 435 2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2011 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2011 . (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Pindaan peraturan 41 2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [ P.U. (A) 395/1993 ], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan- Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 41   (a) dalam subperaturan (1)   (i) dengan menggantikan perkataan “Pihak Berkuasa Tatatertib” dengan perkataan “Tertakluk kepada subperaturan (6), Pihak Berkuasa Tatatertib”; (ii) dalam perenggan (a) , dengan menggantikan perkataan “secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama” dengan perkataan “dalam jadual gaji yang sama bagi pegawai yang diperuntukkan mata gaji”; dan (iii) dalam perenggan (b) , dengan memasukkan perkataan “, dengan syarat hukuman turun gaji tidak boleh menyebabkan pegawai menerima gaji kurang daripada gaji minimum yang ditentukan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy