Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2015

P.U. (A) 252 4 (b) sekiranya gaji itu lebih tinggi daripada gaji maksimum di gred turun pangkat, gaji maksimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai itu di gred turun pangkat; atau (c) sekiranya gaji itu lebih rendah daripada gaji minimum di gred turun pangkat, gaji minimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai itu di gred turun pangkat.”; dan (b) dalam subperaturan (3) dengan memasukkan selepas perkataan “serentak” perkataan “dan perenggan (a) , (b) dan (c) hendaklah terpakai mengikut mana yang berkenaan”. Kecualian dan peralihan 5. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, pemakaian Peraturan-Peraturan ini hendaklah tertakluk kepada keadaan yang berikut: (a) sekiranya apa-apa kesalahan dilakukan dari 1 Januari 2012 sehingga tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa yang prosidingnya belum dimulakan atau yang prosidingnya telah dimulakan tetapi keputusan mengenainya belum diputuskan, hukuman turun pangkat yang dilaksanakan berdasarkan peraturan-peraturan yang terpakai sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa adalah sah tetapi gaji pegawai di gred turun pangkat itu hendaklah ditentukan berdasarkan Peraturan-Peraturan ini; (b) sekiranya apa-apa kesalahan dilakukan dari 1 Januari 2012 sehingga tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa dikenakan hukuman turun gaji dan dilaksanakan terhadap pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi berdasarkan peraturan-peraturan yang terpakai sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, hukuman turun gaji yang dikenakan itu adalah sah dan hendaklah dilaksanakan berdasarkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy