Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2015

P.U. (A) 252 3 (b) dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut: “(5) Bagi maksud perenggan (1) (b) , “pergerakan gaji” adalah bersamaan amaun satu kenaikan gaji tahunan daripada gaji hakiki.”; (c) dengan menggantikan subperaturan (6) dengan subperaturan yang berikut: “(6) Hukuman turun gaji tidak terpakai ke atas pegawai yang berada di mata gaji minimum.”; dan (d) dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut: “(7) Sekiranya hukuman turun gaji yang dilaksanakan di bawah Peraturan-Peraturan ini menyebabkan pegawai menerima gaji kurang daripada gaji minimum yang ditentukan bagi gred jawatan yang disandang oleh pegawai, maka gaji pegawai hendaklah diturunkan setakat gaji minimum pegawai di gred jawatan disandang itu.”. Pindaan peraturan 42 4. Peraturan 42 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam subperaturan (2) dengan menggantikan perenggan (a) , (b) dan (c) dengan perenggan yang berikut: “ (a) tertakluk kepada perenggan (b) dan (c) , gaji baharu pegawai hendaklah dikurangkan terlebih dahulu amaunnya sebanyak satu kenaikan gaji tahunan di gred sebelum turun pangkat dan jumlah itu hendaklah menjadi gaji bagi pegawai itu di gred turun pangkat;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy