Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2015

P.U. (A) 252 2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) (PINDAAN) 2015 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2015 . (2) Peraturan-Peraturan ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2015. Pindaan peraturan 21 2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [ P.U. (A) 395/1993 ], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam subperaturan 21(2 A ) dengan menggantikan perkataan “Kementerian Pelajaran” dengan perkataan “Kementerian Pendidikan Malaysia”. Pindaan peraturan 41 3. Peraturan 41 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perenggan (1) (a) dengan perenggan yang berikut: “ (a) gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dalam jadual gaji pegawai;”;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy