Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017

P.U. (A) 163 4 (2) Bagi menetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat, gaji akhir di gred terdahulu pegawai hendaklah ditambah dengan suatu kadar kenaikan gaji tahunan di gred kenaikan pangkat atau kenaikan gaji tahunan terakhir diterima di gred terdahulu, mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya. Sekiranya selepas penambahan amaun gaji adalah lebih rendah daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat, maka gaji permulaan kenaikan pangkat pegawai hendaklah ditetapkan pada gaji minimum di gred kenaikan pangkat. (3) Jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.”. Dibuat 4 April 2017 [JPA(S)223/8/1; PN(PU2)171/XXIV] Dengan Titah Perintah TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA Setiausaha Kabinet

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy