Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

Berkanun atau Tempatan yang dibayar kepada mana-mana kumpulan wang simpanan mengenai sesuatu perkhidmatan yang boleh dimasuk kira berserta dengan bunga yang terakru, jika ada. 10. Opsyen kepada pekerja berpencen apabila bersara. (1) Apa-apa caruman yang dibuat oleh majikan sepanjang apa-apa tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira kepada mana-mana kumpulan wang simpanan berserta dengan bunga yang terakru hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan. (2) Pembayaran balik caruman yang dibuat oleh majikan di bawah perenggan (I) bolehlah dibuat sama ada dengan memulangkan jumlah caruman yang dibuat oleh majikan berserta dengan bunga yang terakru ke dalam Kumpulanwang Persekutuan Disatukan atau dengan menolak jumlah caruman yang dibuat oleh majikan berserta dengan bunga yang terakru daripada ganjaran atau ganjaran terbitan yang layak dibayar di bawah Peraturan-Peraturan ini atau daripada kedua-duanya. (3) Tertakluk kepada perenggan (1) dan (5), seseorang pekerja berpencen boleh, apabila bersara, memilih supaya pencen dan ganjarannya dikira berdasarkan- (a) keseluruhan perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira tennasuk apa-apa tempoh sepanjang mana dia bertanggungan mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan; atau (b) tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sepanjang mana dia tidak mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan. (4) Jika seseorang pekerja telah memilih perenggan (3)(b), tempoh yang diambilkira bagi penghitungan pencen dan ganjarannya ialah- (a) pencen- jumlah bulannya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira, (tertakluk kepada ma k simum sebanyak tiga ratus bulan) ditolak tempoh dalam mana dia mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan; (b) ganjaran- jumlah bulannya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dengan ditolak tempoh dalam mana dia mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan. (5) Pilihan di bawah perenggan (3) tidak boleh dipakai bagi seseorang pekerja berpencen yang telah dilantik ke dalam perkhidmatan pada atau selepas- (a) 15hb Januari 1975 bagi SemenanjungMalaysia; dan (b) lhb Julai 1978 bagi Sabah dan Sarawak. 126

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy