Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

7. Perkhidmatan dalammasa Pendudukan Jepun. (l) Bagi maksud peraturan ini, "Pendudukan Jepun" ertinya tempoh dari 8hbDisember1941 hingga 30hb September 1945. (2) Apa-apa tempoh perkhidmatan dalam masa Pendudukan Jepun boleh dimasukira sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa pencen. (3) Jika seseorang pekerja telah berada dalam perkhidmatan sebelum sahaja Pendudukan Jepun sama ada pekerja itu telah berkhidmat ataupun tidak dalam masa Pendudukan Jepun, maka masa Pendudukan Jepun berserta dengan apa-apa tempoh berikutnya yang munasabah sebelum pekerja itu memegang tugas semula boleh dimasuk kira. (4) Jika tempoh itu dimasuk kira, pekerja itu hendaklah disifatkan sebagai telah terus mendapat gajinya termasuk apa-apa kenaikan gaji yang lazimnya dia berhak dalam masa tempoh itu. 8. Caruman rnajikan dan tempoh bagi bayaran caruman bulanan. (I) Bagi maksud-maksud seksyen 8 Akta, bayaran caruman oleh majikan hendaklah dibuat dengan eek, draf bank, perintah kiriman pos atau perintah kiriman wang pos di atas nama "Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia" dan dialamatkan kepada "Unit Kutipan Caruman Pencen, Bahagian Pentadbiran, Khazanah Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur". (2) Apa-apa bayaran yang dihantar melalui pos oleh seseorang majikan hendaklah denganA.R. pos berdaftar. (3) Bagi maksud subseksyen (I) dan (4) seksyen 8 Akta, caruman bulanan yang kena dibayar oleh majikan-majikan hendaklah sampai kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia tidak lewat daripada hari terakhir dalam bulan yang berikutan bulan dalam mana caruman itu dibuat, dan berkenaan dengan caruman ke atas tunggakan gaji, caruman tersebut hendaklah sampai kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia tidak lewat daripada hari terakhir dalam bulan yang berikutan dengan bulan yang tunggakan gaji dibayar kepada pekerja. 9. Pekerja yang dilantik semula ke perkhidmatan. (1) Bagi maksud-maksud Peraturan-Peraturan ini, jika apa-apa tempoh perkhidmatan seseorang pekerja telah dibayar faedah persaraan dan tempoh itu telah diambil kira sebagai perkhidmatan yang boleh dirnasuk kira, pekerja itu hendaklah melepaskan atau membayar balik kepada Kerajaan apa-apa faedah persaraan yang telah pun dibayar kepadanya sebelum apa-apa faedah di bawahAkta boleh diberikan. (2) Bagi maksud perenggan (I), "faedah persaraan" ertinya pencen, ganjaran atau faedah-faedah Iain tamat perkhidmatan termasuklah bayaran­ bayaran tindanan dan saguhati serta caruman Kerajaan atau Pihak Berkuasa 125

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy