Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

(Pi11d. PU(A) 329/00J [Pilld. PU{A} 46/112] 6. Perkhidmatan yang tidak layak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Bagi maksud-maksud Peraturan-Peraturan 1m, tempoh-tempoh perkhidmatan yang berikut tidak layak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira: (a) apa-apa tempoh cuti tanpa gaji selain daripada cuti tanpa gaji yang diberi alas sebab-sebab dasar awam sebagaimana yang di.tentukan oleh pihak berkuasa pencen; (b) apa-apa tempoh latihan (selain daripada yang diberi elaun cuti dan biasiswa) yang baginya hanya elaun sahaja dibayar, melainkan jika pihak berkuasa pencen menetapkan selainnya; (c) apa-apa tempoh perkhidmatan yang clitamatkan kerana menghilang diri dari perkhidmatan atau sebab-sebab tatatertib; (d) apa-apa tempoh perkhidmatan yang clitamatkan disebabkan peletakan jawatan oleh seseorang pekerja untuk menerima pekerjaan dalam sektor swasta atau kerana lain-lain sebab peribacli selain daripada di bawahperenggan 5(1 )(e), (ja) dan (ib); (e) apa-apa tempoh perkhidmatan dalam percubaan yang ditamatkan disebabkan kegagalan pekerja itu mendapat pengesahan dalam jawatannya; (j) apa-apa lempoh perkhidmatan yang ditamatkan disebabkan peletakan jawatan oleh seseorang pekerja untuk menjalani suatu kursus pengajian tinggi, melaiokan jika pihak berkuasa pencen menetapkan se!ainnya; (g) tempoh-tempoh perkhidmatan yang lalu seorang pekerja yang telah diserapkan ke dalam perjawatan tetap cli bawah Laporan Albakri dan yang memilih untuk menerima "gaji tetap" atau seorang pekerja yang memilih "opsyen B" di bawah u r usan tahun 1960; (h) apa-apa tempoh perkhidmatan dalam perkhidmatan awam atau suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan atau Angkatan Tentera atau mana-mana perkhidmatan lain yang telah dibayar faedah persaraan, melainkan jika pihak berkuasa pencen menetapkan selainnya; (i) apa-apa tempoh perkhidmatan sambilan atau sekejap-sekejap atau perkhidmatan dalampasukan sukarela yang tidak dikerah; atau (j) apa-apa tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera yang sepatutnya tidak boleh dimasuk kira di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu mengenai pencen, ganjaran atau lain-lain pemberian yang terpakai bagi Angkatan Tetap sekiranya pekerja atau askar-laskar itu bersara di bawah undang-undang itu. 124

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy