Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

[Pi11d. PU(A) 461/12] [Mas.PU(A) 461112] [Mas.PU(A) 461/12] (g) tempoh perkhidmatan sebelum daripada pelantikan seseorang pekerja ke suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam atau suatu PihakBerkuasa Berkanun atau Tempatan pada atau selepas- (i) 15hb Januari 1975 bagi Semenanjung Malaysia; (ii) 1 hb Julai 1978 bagi Sabah dan Sarawak; dan (iii) tarikh tersiamyaAkta bagiAngkatan Tentera: Dengan syarat bahawa dia telah mendapat pelepasan secara bertulis untuk menerima pelantikan yang barn itu daripada pihak berkuasa berkenaan bagi perkhidmatannya yang terdahulu itu tetapi syarat mendapat pelepasan secara bertulis daripada pihak berkuasa berkenaan itu tidak terpakai bagi seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas I Januari 2012; (h) perkhidmatan sebelum peletakan jawatan oleh seseorang pekerja tetap, selain daripada seorang guru, daripada perkhidmatan Kerajaan atau sesuatu Kerajaan Negeri untuk menerima pelantikan dalam Perkhidmatan Guru Disatukan atau dalam sekolah bantuan Kerajaan; (i) apa-apa tempoh perkhidmatan yang lalu bagi seseorang bekas anggota Angkatan Tentera yang boleh dimasuk kira bagi maksud faedah-faedah persaraan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu mengenai pencen, ganjaran atau lain-lain pemberian yang terpakai bagi Angkatan Tetap kecuali jika seseorang pekerja atau askar-askar itu telah bersara dariAngkatan Tentera dengan mendapat pencen perkhidmatan; (j) perkhidmatan sebelum peletakan jawatan oleh seseorang pekerja di bawah Pekeliling Sekretariat Sarawak No. 9/1946 bertarikh 1 0hb Disember 1946; (ja) perkhidmatan seorang pekerja yang terputus pada atau sebelum 29 April 1997 kerana peletakan jawatan untuk menyertai perkhidmatan swasta sebelum kembali semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan sebelum 1 Januari 2012, dengan syarat bahawa pekerja itu telah memilih opsyen Sistem Saraan Baru atau telah dilantik di bawah Sistem Saraan Baru atau apa-apa sistem saraan lain yang berkuat kuasa selepas itu; (jb) perkhidmatan seorang pekerja yang terputus pada atau selepas 30 April 1997 kerana peletakan jawatan atas sebab untuk menyertai perkhidmatan swasta sebelum kembali semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan sebelum 1 Januari 2012, dengan syarat bahawa pekerja itu- (i) telah memilih opsyen Sistem Saraan Baru atau telah dilantik di bawah Sistem Saraan Baru atau apa-apa sistem saraan lain yang berkuat kuasa selepas itu; dan 122

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy