Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

(d) apa-apa tempoh semasa dalam pinjaman atau pertukaran sementara ke mana-mana organisasi yang diluluskan oleh Kerajaan. 5. Tempoh-tempoh perkhidmatan lalu yang boleh diagregatkan. (1) Tertakluk kepada perenggan (2) dan (3) peraturan ini dan peraturan 6, dan bagi maksud-maksud Peraturan-Peraturan ini, apa-apa tempoh perkhidmatan yang lalu dengan Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dan tempoh-tempoh perkhidmatan lalu yang berikut boleh diagregatkan untukmenentukan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira: (a) tempoh-tempoh perkhidmatan lalu yang terputus disebabkan penghapusan jawatan atau lain-lain penggantungan kerja secara sementara yang tidak berbangkit dari salahlaku atau peletakan jawatan secara sukarela; (aa) tempoh perkhidmatan lalu yang terputus disebabkan peletakan [Mas.PU(A) jawatan atau pelepasanjawatan bagi pekerja yang dilantik semula 461112] dalam perkhidmatan awam atau perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan pada atau selepas 1 Januari 2012; (b) perkhidmatan seseorang pekerja sementara yang telah putus sebagai satu syarat pelantikannya ke dalam perjawatan tetap pada atau selepas lhb Januari 1949; (c) perkhidmatan sebehnn peletakan jawatan oleh seseorang pekerja tetap sebelum lhb Januari 1976 sebagai sat u syarat pelantikannya . ke suatu jawatan sementara dan dia kemudiannya menjadi seorang pekerja tetap; (d) perkhidmatan seorang pekerja perempuan tetap yang terputus kerana persaraan atas sebab perkahwinan, atau sebagai satu syarat pelantikan, tertakluk kepada pembayaran batik kepada Kerajaan Persekutuan akan apa-apa ganjaran perkahwinan atau bahagian majikan dalam kredit kumpulan wang simpanan tennasuk bunga yang telah dibayar, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa pencen; (e) perkhidmatan sebelum peletakan jawatan oleh seorang pekerja perempuan tetap untuk mengikuti suaminya yang telah ditempatkan ber tugas di seberang laut oleh Kerajaan Persekutuan, suatu Kerajaan Negeri atau suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan atau yang menghadiri kursus latihan yang diluluskan di seberang laut; (J) perkhidmatan sebelum peletakan jawatan yang dikehendaki sebagai suatu amalan biasa untuk seseorang pekerja menerima suatu pelantikan lain dalam perkhidmatan awam atau suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan sebelum dari- (i) l5hb Januari 1975 bagi Semenanjung Malaysia; dan (ii) l hb Julai I 978 bagi Sabah dan Sarawak; 121

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy