Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

PERATURAN-PERATURAN PENCEN PIHAK-PIHAKBERKUASABERKANUN DANTEMPATAN 1990* PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 28, Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Menteri membuat peraturan-per aturan yang berikut: BAHAGIANl PERMULAAN 1. Nama dan mula berkuatkuasa. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Bcrkanun dan Tempatan 1990 dan hendaklah, tertakluk kepada perenggan (2), disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada lhb Januari 1976. (2) Peraturan-peraturan 5(1)(11), 20 dan 21 hendaklah berkuatkuasa pada tarikh berikutan tarikh tersiarnya Peraturan-Peraturan ini dalam Warta. 2. Tafsiran. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang la i n- "anak" ertinya anak pekerja yangmati- (a) yang bemmur kurang daripada dua puluh satu tahun dan termasuklah- (i) anak yang lahir sesudah meninggalnya ayah, anak tiri tanggungan dan anak taksahtaraf yang dikandung sebelum persaraan pekerja itu; dan (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum persaraan pekerja itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana­ ma11a adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan akan pengangkatan itu; dan (b) yang tidak kira apa jua umumya yang cacat otak atau hilangupaya dari segi jasmani dan secara kekal dan tak upaya menanggung nafkahnya sendiri dengan syarat bahawa anak itu adalah cacat otak atau hilangupaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun; •Diterbitka11 sebagai PU(A)134/90. 119

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy