Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

(b) seorang anak yang tidak cacat otak atau hilangupaya dari segi jasmani dan secara kekal, apabila anak itu mencapai umur 21 tahun atau apabila berkahwin atau berhenti menerima didikan di suatu institusipengajian tinggi; atau (c) balu, apabila dia berkahwin semula. (4) Peraturan ini tidak dipakai bagi mana-mana orang tanggungan yang diawardkan pampasan di bawahAktaPampasan Pekerja 1952. (5) Jika seseorang yang dibayar pencen tanggungan di bawah peraturan ini kemudiannya memulakan presiding di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 dan diawardkan pampasan, pembayaran pencen tanggungan tersebut adalah terhenti dengan serta-merta. (6) "Balu" dalam peraturan ini tennasuklah seorang duda dalam tanggungan yang hilangupaya secara kekal sama ada otak atau jasmani dan takupaya menanggung nafkahnya sendiri pada masa matinya pekerja perempuan itu. (7) Pencen tanggungan di bawah peraturan ini hendaklah ditentukan semula bila-bila sahaja mana-mana orang itu mati atau tidak lagi layak mendapat bayaran itu. (8) Bagi maksud peraturan ini, pihak berkuasa pencen hendaklah menentukan sama ada ibu atau bapa kepada pekerja yang mati bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besamya pada pekerja itu untuk nafkah. BAHAGIAN VI PERUNTIJKAN-PERUNTUKAN AM 18. Award sementara jika amaun pencen, dll. belum dapat ditentukan. Jilca seseorang pekerja atau orang-orang tanggungannya layak mendapat pencen, ganjaran atau lain-lain faedah di bawah Akta, tetapi pemberian pencen, ganjaran atau lain-lain faedah itu belum dapat ditentukan selepas sahaja bersara atau matinya pekerja itu, Menteri boleh memberi kepada pekerja itu atau orang-orang tanggungannya award sementara sebelum penentuan itu dibuat. 19. Opsyen bagi pekerja-pekerja apabila dikerab. Jika seseorang pekerja menanggung kecederaan pada rnenjalankan tugasnya semasa berada dalam kerahan dengan atau dalam pinjaman ke simpanan sukarela polis, pasukan sukarela atau pasuk:an pertahanan awam pada atau selepas Ihb Oktober 1977 dan- (a) bersara, dia boleh, selain daripada pencen dan ganjaran perkhidmatan di bawahAkta, memilih mendapatkan- 131

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy