Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

Darjah kecacatan tercacat sedikit tercacat tercacat pada matanya musnah sama sekali Kadar yangboleh dibayar satu perlapan daripada gajinya satu perempat daripada gajinya tiga perlapan daripada gajinya setengah daripada gajinya (3) Bagi maksud-maksud perenggan (l) dan (2), "gaji" ertinya gaji hakiki bulanan dan apa-apa elaun berpencen yang diterima oleh- pekerja itu pada mula menanggung bencana atau mendapat penyakit. (4) Pencen hilangupaya hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada pencen, ganjaran atau lain-lain faedah yang diberi di bawah seksyen 9 Akta pada masa dia bersara. (5) Peraturan ini tidak dipakai bagi seseorang pekerja yang diawatdkan pampasan di bawahAkta Pampasan Pekerja 1952. (6) Jika seseorang yang dibayar pencen hilangupaya di bawah peraturan ini kemudiannya memulakan prosiding di bawah Akta Pampasan Pekerja· 1952 dan diawardkan pampasan, pembayaran pencen hilangupaya tersebut adalah terhenti dengan serta-merta. 16. Award sementara. Jika seseorang pekerja bersara di bawah seksyen 19 Akta tetapi darjah kecacatan secara kekal akan ditentukan kelak, Menteri boleh memberi kepada pekerja itu suatu award sementara sebelum penentuan itu dibuat. BAHAGIANV PENCEN TANGGUNGAN 17. Pemberian pencen tanggungan. (l) Tertakluk kepada perenggan (2), (3) dan (4), pencen tanggungan yang dihitung sebagai pecahan daripada gaji pekerja pada mula dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu boleh diberi mengikut daftar yang berikut: (a) kepada balu pekerja, selagi berkelakuan baik (b) jika pekerja yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah subperenggan (a), 1/6 [Pind. PU(A) 153/03] bagi tiap-tiap orang anak hingga seramai enam orang 1/48 (c) jika pekerja yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu, atau tiada pencen diberi kepada balu itu, bagi tiap-tiap orang anak hingga seramai enam orang 1/2 4 129

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy