Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990

(2) Ganjaran terbitan boleh diberi kepada- (a) orang-orang di bawah perenggan (1); dan (b) ibu pekerja yang mati itu atau, jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya. (3) Jika tidak adanya orang-orang yang disebut di bawah perenggan (1) dan (2), hanya ganjaran terbitan boleh diberi kepada wakil diri di sisi undang-undang bagi pekerja yang mati itu. 14. Pengumpukan pencen terbitan atau ganjaran terbitan. (1) Pencen terbitan atau ganjaran terbitan di bawah Akta boleh dibayar kepada orang-orang di bawah peraturan 13(1) dan (2) mengikut kadar yang difikirkan patut oleh Menteri dan pencen terbitan boleh diumpukkan semula bila-bila sahaja mana-mana orang itu mati atau tidak lagi layak mendapat bayaran itu. (2) Jika pencen terbitan dibayar kepada mana-mana orang yang disebut dalam peraturan 13(1), dan kemudiannya seorang atau lebih orang-orang yang layak membuat tuntutan untuk pencen terbitan tersebut, tarikh pembahagian semula pencen terbitan tersebut adalah satu bulan dari tarikh tuntutan itu, dan apa-apa bayaran yang telah dibuat sebelum tarikh pembahagian semula hendaklah disifatkan menjadi sah dan dibuat oleh Kerajaan dengan sepatutnya. BAHAGIAN IV PENCEN HILANGUPAYA 15. Pemberian pencen hilangupaya. (l) Tertakluk kepada perenggan (2) dan (5), pencen hilangupaya yang boleh dibayar adalah seperti berikut: Darjah kecacatan tercacat sedikit tercacat tercacat pada matanya musnah sama sekali Kadaryang boleh dibayar satu perduabelas daripada gajinya satu perenam daripada gajinya satu perempat daripada gajinya satu pertiga daripada gajinya (2) Waiau apapun peruntukan perenggan (1 ), seseorang pekerja yang menanggung bencana yang kekal disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan atau semasa bertugas dalam Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, pencen hilangupaya yang bolehdibayar adalah seperti berikut: 128

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy